Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Rumah Impian Bangsa Johor dijangka ‘tukar wajah’ Mersing

-

MERSING: Rata-rata masyarakat daerah ini percaya pembanguna­n projek Rumah Impian Bangsa Johor di Kampung Sri Pantai di sini, bakal ‘menukar wajah’ daerah itu pada masa hadapan.

Penghulu Mukim Jemaluang, Mohd Ezwan Jamigoe, 33, berkata ini berikutan projek itu djangka akan meningkatk­an hasil pendapatan rakyat menerusi pelbagai aktiviti ekonomi yang bakal dijalankan di kawasan itu.

“Pada saya, projek ini hadir tepat pada masanya dan akan memberi impak dalam pembanguna­n kawasan ini. Saya amat berterima kasih kepada Tuanku (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) kerana mengurniak­an projek ini.

“Ini menunjukka­n baginda prihatin terhadap penduduk di sini,” katanya kepada media ketika perasmian majlis pecah tanah projek pembanguna­n Rumah Impian Bangsa Johor Mersing di Kampung Sri Pantai di sini, semalam.

Bagi Rossana Hussin, 50, dari Kampung Tanjung Balang Pulau Tinggi, pem- bangunan seumpama itu semenangny­a dinanti-nantikan rakyat Mersing yang sebahagian besarnya selama ini tidak mampu memiliki rumah sendiri.

“Saya berbesar hati mendengarn­ya (tentang projek). Ia amat istimewa kerana ramai penduduk yang tidak mampu memiliki rumah, akan mampu memilikiny­a dengan harga yang ditawarkan,” katanya.

Projek di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim itu diumumkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam Facebook rasminya kelmarin dan bakal meliputi 1,000 unit rumah pelbagai kategori termasuk rumah teres setingkat, rumah teres dua tingkat, rumah berkembar, rumah banglo dan rumah kedai itu.

Ia akan dibina di kawasan tanah seluas 56.8 hektar (142 ekar) yang dikurniaka­n Sultan Johor dan dijangka akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Kompleks Bangsa Johor, sebuah motel, surau, balai raya dan tadika selain akan siap dalam tempoh 24 bulan dari sekarang.

Setiap daripada rumah teres setingkat atau dua tingkat juga akan dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Harga rumah teres setingkat bermula daripda RM70,000, sementara teres dua tingkat akan dijual di bawah RM200,000.

Bagi melayakkan pemohon untuk membeli rumah mampu milik berkenaan, mereka mestilah seorang bangsa Johor yang berpendapa­tan isi rumah bawah RM5,000. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Tunku Ismail ketika berkenan berangkat ke majlis perasmian majlis pecah tanah projek pembanguna­n Rumah Impian Bangsa Johor Mersing di Mersing, semalam.
— Gambar Bernama PRIHATIN: Tunku Ismail ketika berkenan berangkat ke majlis perasmian majlis pecah tanah projek pembanguna­n Rumah Impian Bangsa Johor Mersing di Mersing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia