Utusan Borneo (Sarawak)

PKR cabang Jelebu buat laporan polis berhubung pemilihan

-

JELEBU: PKR Cabang Jelebu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu di sini, semalam bagi mendesak Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) mengira semula 315 undi yang tidak dikira pada pemililiha­n Sabtu lepas.

Ketua Cabangnya Muhamed Zabidi Abdullah berkata laporan itu dibuat susulan JPP tidak mengambil kira 315 undi atas faktor masalah Internet yang dialami pada hari tersebut menyebabka­n undi tersebut tidak dikira pada pemilihan itu.

“Kami menggesa pihak JPP untuk mengira semula undi tersebut. Kami akur dengan keputusan sedia ada tetapi demi keadilan semua, kami mohon keputusan penuh dengan jumlah undi itu dikira.

“Seandainya keputusan undi semula hendak dibuat oleh pihak JPP, kami mohon JPP memberitah­u kami status undi 315 tersebut sebelum mengadakan semula pemili- han Cabang Jelebu dibuat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Pemilihan PKR Negeri Sembilan berlangsun­g Sabtu lalu selepas ditangguh bagi memberi laluan kepada sesi penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson, 29 September lepas.

Kesemua lapan cabang berkenaan ialah Jelebu dengan keanggotaa­n seramai 3,439, Jempol (3,353), Seremban (4,959), Kuala Pilah (2,876), Rasah (3,807), Rembau (6,421), Telok Kemang (8,333) dan Tampin (3,782).

Dalam keputusan yang dikeluarka­n semalam, Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli mendominas­i persaingan jawatan timbalan presiden parti apabila mendahului pencabarny­a Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pemilihan PKR yang berlangsun­g di lapan cabang di Negeri Sembilan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia