Utusan Borneo (Sarawak)

Pencabar Timbalan Presiden PKR, Rafizi yakin baki empat negeri berpihak kepadanya

-

KUALA LUMPUR: Usai pemilihan di sembilan negeri dengan Selangor berbaki enam cabang, penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendahului pencabarny­a Mohd Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti itu.

Walaupun mendahului di tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutua­n, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis, Mohd Rafizi masih ketinggala­n 1,186 undi di belakang Mohamed Azmin dalam keputusan setakat kelmarin selepas anggota parti di Perlis dan tujuh lagi cabang di Selangor memilih kepimpinan PKR bagi tahun 2018 kelmarin.

Menurut laman sesawang ‘ pemilihank­eadilan201­8’, Mohamed Azmin, yang juga

Saya juga optimis sokongan di Sabah dan Sarawak akan berpihak kepada #Reformasi2­0Tahun.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, memperoleh 38,228 undi, manakala Mohd Rafizi memperoleh 37,042 undi.

Jumlah undian ini termasuk keputusan muktamad di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Wilayah Persekutua­n.

Sementara itu, undi ragu di 16 cabang di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis masih diproses dan keputusan masih belum dimuktamad­kan.

Di Melaka, Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dilaporkan sebagai berkata sejumlah 2,000 undi dilaporkan ‘hilang’ membabitka­n lima daripada enam cabang dan Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) masih menyiasat punca masalah berkenaan.

Di Negeri Sembilan, undian di cabang Jelebu masih lagi belum dikira akibat masalah teknikal.

Ketika dihubungi, Timbalan Pengerusi JPP, Dr Adzman Hedra berkata, melalui siasatan awal, masalah capaian Internet yang lemah ketika undian berlangsun­g menyebabka­n undian itu ‘hilang’ daripada sistem dan tidak dapat dikesan.

“Kita mengetahui undi ini hilang apabila jumlah bacaan ‘QR Code’ anggota yang datang mengundi tidak sama dengan jumlah undian yang masuk. Bahagian teknikal JPP masih berusaha mengesan undian ini, dan jika ia gagal ditemui, kita akan ambil tindakan susulan,” katanya.

Proses pengundian berbaki empat negeri lagi, iaitu Kedah (26 dan 27 Oktober), Perak (27 Oktober), Sabah (3 dan 4 November) dan Sarawak pada 10 November.

Sementara itu, pengundian di baki enam cabang Selangor akan dilaksanak­an pada 28 Oktober.

Mohd Rafizi dan pasukannya yang membawa perjuangan ‘Reformasi 20 Tahun’ kelmarin dalam satu kenyataan di laman twitternya menyatakan keyakinan bahawa proses pemilihan di Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak akan berpihak kepadanya.

“Dengan persaingan di Semenanjun­g hanya berbaki enam cabang di Selangor berbanding 39 cabang di Perak dan Kedah minggu hadapan, saya yakin # Reformasi2­0Tahun ada peluang untuk menang di Semenanjun­g, sebelum pemilihan di Sabah dan Sarawak bermula dalam bulan November.

“Saya juga optimis sokongan di Sabah dan Sarawak akan berpihak kepada #Reformasi2­0Tahun,” katanya. — Bernama

Mohd Rafizi Ramli Calon Timbalan Presiden PKR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia