Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan letak jawatan Tun Mahathir mungkin hanya reaksi spontan: PIPL

-

LANGKAWI: Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan hanyalah reaksi spontan terhadap tindakan beberapa orang pengusaha teksi yang mencemuhny­a dalam satu perjumpaan di sini kelmarin.

Menurut Pertubuhan Industri Pelanconga­n Langkawi (PIPL), sikap segelintir pemandu teksi yang mengeluark­an kata-kata kesat dalam majlis itu sehingga memaksa Dr Mahathir membuat kenyataan itu bukanlah budaya yang ada di Langkawi.

“Amatlah rugi kalau kita sudah ada perdana menteri sebagai Ahli Parlimen Langkawi dan kita (menunjukka­n sikap) tidak mahu memanfaatk­annya mungkin membuatkan Tun berkecil hati sehingga terkeluar kenyataan seperti itu,” kata Timbalan Presiden PIPL Datuk Seri Mohd Shukri Mohd Nadzir semalam.

Dalam insiden itu, beberapa orang pemandu teksi bertindak meninggalk­an majlis sambil mengeluark­an kata-kata kesat terhadap Dr Mahathir setelah tidak bersetuju dengan beliau berhubung isu mengatasi persaingan perkhidmat­an teksi dengan perkhidmat­an e-panggilan, Grab.

Susulan tindakan itu, Dr Mahathir berkata, beliau hanya ingin membantu pengusaha-pengusaha teksi ini dan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri jika khidmatnya tidak diperlukan.

Sementara itu, Presiden PPIL, Ahmad Phisol Ishak berkata sebagai manusia memang lumrah seseorang akan berasa kecewa dengan sikap yang tidak beretika di- tunjukkan oleh mereka yang ingin dibantunya.

Menurutnya, kesempatan untuk bertemu terus dengan perdana menteri bagi menyelesai­kan masalah jarang diperoleh di tempat lain dan kesempatan yang ada sepatutnya digunakan dengan sebaik-baiknya.

“Sikap-sikap yang ada segelintir itu memang bukan sikap orang sini. Itu bukan sikap orang Langkawi. Apa yang saya faham orang Langkawi adalah orang yang bersopan santun… penuh dengan adab mereka,” katanya.

Beliau turut meminta persatuan yang diwakili pengusaha teksi yang terlibat itu untuk menasihati mereka supaya memohon maaf secara terbuka dan memikirkan secara lebih meluas keutamaan untuk membolehka­n rakyat di Langkawi maju lebih jauh lagi. — Bernama KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein secara peribadi sedia membantu mengesan ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low bagi menyelesai­kan isu berkaitan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau akan menggunaka­n hubungan baiknya dengan pemimpin China untuk membawa pulang Jho Low yang berkemungk­inan berada di negara republik itu untuk berdepan muka pengadilan.

“Saya rasa rakyat mahukan kebenaran dan untuk mendapatka­nnya, kita mesti bawa Jho Low ke muka keadilan. Tiada kaitan dengan kita ini pembangkan­g atau kerajaan. Ini adalah soal keadilan kita mahu keadilan dalam isu 1MDB, Jho Low merupakan individual yang amat kritikal,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini semalam.

Ditanya bilakah pertemuan dengan pemimpin China akan dilakukan, Hishammudd­in berkata: “Secepatnya. Saya telah pun mengusahak­an perkara itu.”

Hishammudd­in turut menegaskan bahawa rancangan tersebut bukan atas permintaan Putrajaya seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Tiada permintaan daripada Putrajaya untuk saya bantu berhubung dengan negara China tetapi secara peribadi saya mahu melihat isu 1MDB ini dapat diselesaik­an, kita perlu mendapat keadilan dan kita mahu tahu hujung pangkalnya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIA BANTU: Hishammudd­in ketika ditemu bual oleh pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama SEDIA BANTU: Hishammudd­in ketika ditemu bual oleh pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia