Utusan Borneo (Sarawak)

Lim pertikai kemampuan Kelantan biaya projek ECRL

-

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam mempertika­ikan kemampuan kerajaan negeri mengambil alih projek Landasan Kereta Api Pantai Timur ( ECRL) daripada kendalian kerajaan persekutua­n.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri itu sendiri masih memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan pusat malah tidak mampu membayar gaji penjawat awamnya tanpa suntikan dana dari Putrajaya.

Bantuan kewangan ini bukanlah satu perkara baharu dan ia telah bermula sejak zaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Memang kerajaan negeri Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan ini dari dulu lagi, dan baru-baru ini saya telah meluluskan satu jumlah peruntukan untuk membantu kerajaan negeri Kelantan.

“Sungguhpun negeri pembangkan­g kuat menghentam pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kita masih beri bantuan, itulah faktanya dan ini telah berlaku sejak zaman Najib lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Terdahulu, perang mulut berlaku pada sesi soal jawab ketika Lim menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bahru) mengenai kemungkina­n kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang mengambil inisiatif sendiri untuk meneruskan projek itu jika ia dibatalkan kerajaan pusat.

Lim berkata, beliau meneri- ma baik inisiatif kerajaan negeri itu, tetapi mempertika­ikan kemampuan kewangan mereka.

“Saya fikir macam mana kerajaan negeri Kelantan boleh buat demikian jika gaji penjawat awam pun tak mampu bayar,” katanya.

Najib dalam lawatan kerjanya di Kelantan sewaktu masih menjadi Perdana Menteri pada Januari tahun ini pernah dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri PAS Kelantan tidak mampu membayar gaji penjawat awamnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTIKAI: Lim bercakap dengan pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama PERTIKAI: Lim bercakap dengan pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia