Utusan Borneo (Sarawak)

Pickford berjaya menampan tendangan penalti Palace sebelum Everton jaringkan dua gol kemenangan pada minit akhir

-

LIVERPOOL, England: Penjaga gol Everton, Jordan Pickford, menyelamat­kan satu tendangan penalti sebelum pemain gantian, Dominic CalvertLew­in dan Cenk Tosun menjaringk­an gol pada minit akhir ketika Everton menang 2-0 ke atas Crystal Palace di tempat sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Kemenangan ketiga berturut- turut Everton dalam liga itu melonjakka­n mereka ke tangga kelapan tetapi kekalahan menyebabka­n Palace kini hanya dua mata di atas zon penyingkir­an.

P a l - a c e ,

Ia amat mengecewak­an apabila tewas pada minit akhir. Aaron Wan-Bissaka Pemain pertahanan Crystal Palace

yang dibimbing bekas jurulatih kebangsaan England, Roy Hodgson, mempunyai peluang memecah kebuntuan pada minit ke-60 apabila Wilfried Zaha dikasari dalam kotak penalti oleh Seamus Coleman.

Luka Milivojevi­c bagaimanap­un melihat tendangann­ya berjaya diduga oleh Pickford untuk menepis bola keluar.

Pengurus Everton, Marco Silva kemudian mendapat ganjaran dengan keputusan melakukan pertukaran di jentera serangan apabila Calvert- Lewin menyempurn­akan satu hantaran Ademola Lookman pada mini tke- 87 dan dua minit kemudian, Tosun melengkapk­an serangan pantas dengan gol kedua.

“Ia mengecewak­an apabila tewas pada minit akhir,” kata pemain pertahanan Palace, Aaron Wan- Bissaka.

“Kami bermain dengan baik dan mencipta peluang dalam separuh masa kedua.”

“Rancangann­ya ialah untuk bertahan terlebih dahulu, tidak bolos dan mencari peluang tetapi kami tidak menyempurn­akan peluang yang ada. Kami tidak bermain dengan buruk, kami akan belajar dari perlawanan ini. Kami harus terus bersatu dan terus berusaha,” tambahnya.

Coleman, yang kembali dari kecederaan selepas tidak beraksi pada lima perlawanan liga, mempunyai peluang pertama untuk membuka jaringan buat Everton tetapi rembatanny­a terkena palang.

Palace kemudian mengim- bangi permainan dan mempunyai peluang awal dengan tandukan James Tomkins tersasar dari satu hantaran Andros Townsend.

Selepas terikat sehingga masa rehat, permainan semakin menyerlah dengan Palace mendapat satu tendangan penalti tetapi gagal disempurna­kan dengan baik dan Everton menghukum kegagalan itu dengan dua gol lewat untuk mengutip tiga mata penuh di Goodison Park. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SEPAKAN PADU: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Everton dan Crystal Palace di Goodison Park. C E M E R L A N G : Pickford berjaya menepiscub­aan Crystal Palace.
— Gambar Reuters SEPAKAN PADU: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Everton dan Crystal Palace di Goodison Park. C E M E R L A N G : Pickford berjaya menepiscub­aan Crystal Palace.
 ?? — Gambar Reuters ??
— Gambar Reuters
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia