Utusan Borneo (Sarawak)

Serie A: Inter Milan menang tipis 1-0 di San Siro

-

ROM, Itali: Kapten pasukan, Mauro Icardi, menjaringk­an gol tunggal kemenangan pada minit kecederaan ketika Inter Milan menewaskan kelab jiran, AC Milan 1-0 di San Siro untuk merampas kembali tangga ketiga Serie A Itali Ahad leas.

Icardi mengambil peluang dari kesilapan penjaga gol Milan, Gianluigi Donnarumma untuk menanduk gol kemenangan pada minit kecederaan menyebabka­n Milan, yang dibimbing Gennaro Gattuso, masih tanpa kemenangan dari lima perlawanan berjiran ini.

Tetapi Inter meneruskan kebangkita­n baru-baru ini di bawah bimbingan Luciano Spalletti selepas menamatkan saingan di tempat keempat musim lepas untuk layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2011/ 2012, dengan berada kurang enam mata di belakang pendahulu liga, Juventus, yang seri 1-1 dengan Genoa pada perlawanan hari Sabtu.

“Saya datang ke sini untuk menang, bukan untuk duduk di bangku simpanan untuk satu musim dan pulang dengan gaji,” kata Spalletti ketika memberitah­u penyiaran Sky Sport Italia.

“Saya datang di sini untuk membentuk masa depan Inter dan pemain juga harus mempunyai sasaran yang sama.

“Saya suka di mana selepas wisel penamat, Icardi berkata kita harus mencari konsistens­i dan terus berusaha. Inter memilih kami untuk membawa pasukan kembali ke tahap yang selayaknya untuk penyokong.”

Namun ada berita buruk untuk Inter menjelang perlawanan Liga Juara- Juara menentang Barcelona Rabu ini apabila pemain tengahnya, Radja Nainggolan dikeluarka­n pada pertengaha­n separuh masa pertama kerana kecederaan selepas berasak dengan pemain tengah Milan, Lucas Biglia.

“Nainggolan dikasari teruk,” tambah Spalletti. “Kami harus membawanya ke hospital dan melihat situasi sebenar. Beliau perlu berehat.”

Kekalahan menyebabka­n Milan kekal di tangga ke12 selepas melihat lapan perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an berakhir.

Icardi ada menjaringk­an gol tetapi gol beliau tidak dibenarkan pengadil selepas video bantuan pengadil (VAR) mengenal pasti beliau berkeduduk­an ofsaid.

Pada perlawanan lain, gol lewat Ciro Immobile dan Joaquin Correa memastikan kemenangan 2- 0 Lazio di Parma sementara Atalanta membelasah Chievo 5- 1 pada perlawanan pertama Gian Piero Ventura sebagai jurulatih dan Frosinone dan Empoli seri 3-3. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAIK: Icardi menjaringk­an gol kemenangan pasukannya pada aksi perlawanan Serie A Itali di antara Inter Milan dan AC Milan di San Siro.
— Gambar Reuters TERBAIK: Icardi menjaringk­an gol kemenangan pasukannya pada aksi perlawanan Serie A Itali di antara Inter Milan dan AC Milan di San Siro.
 ?? — Gambar AFP ?? PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Nice dan Marseille di Stadium Allianz Riviera.
— Gambar AFP PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Nice dan Marseille di Stadium Allianz Riviera.
 ??  ?? BOLT
BOLT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia