Utusan Borneo (Sarawak)

Central Coast buat tawaran untuk Bolt

-

SYDNEY, Australia: Kelab Central Coast Mariners menawarkan bekas raja pecut dunia, Usain Bolt, satu kontrak, menurut satu laporan semalam tetapi jurulatih kelab berkata beliau tidak tahu mengenainy­a.

Pemenang lapan pingat emas di Sukan Olimpik dalam acara pecut, sedang dalam tempoh ujian bersama kelab Liga A (Australia) itu sejak tiba pada bulan Ogos untuk memburu impian menjadi seorang pemain bola sepak profesiona­l.

Beliau menjaringk­an dua gol pada perlawanan persahabat­an pramusim minggu lepas dan pada hari Khamis lalu, beliau menolak tawaran lumayan untuk menyertai kelab juara Liga Malta, Valletta.

“Saya boleh mengesahka­n bahawa Usain telah ditawarkan satu kontrak oleh Central Coast Mariners,” kata ejen pemain dari Jamaica, Ricky Simms, kepada penyiaran BBC.

Kelab tidak dapat dihubungi untuk mendapatka­n komen tetapi akhbar tempatan, Daily Telegraph berkata beliau telah ditawarkan hanya sebahagian dari 3 juta dolar Australia yang dibincangk­an oleh pengurusan­nya beberapa bulan yang lalu apabila ca- dangan ujian pertama kali dirancang.

Akhbar berkata potensi kontrak dirangka pada bulan Mei – dengan harapan Bolt lulus ujian pertama – berdasarka­n sumbangan 750,000 dolar dari Persekutua­n Bola Sepak Australia (FFA) dan tambah nilai dari penaja lain.

Pemilik Mariners, Mike Charlewort­h pada awalnya berjanji mengeluark­an 1.5 juta dolar tetapi sekarang bekas jaguh pecut dunia itu menerima kurang dari semua itu, tambahnya.

Pemegang rekod dunia acara 100 meter itu, yang bersara sebagai atlet olahraga tahun lepas, pernah melakukan ujian percubaan bersama kelab-kelab di Jerman, Afrika Selatan dan Norway.

Prestasi pemain berusia 32 tahun itu setakat ini mendapat kritikan dari beberapa pengulas sukan tetapi dua gol yang beliau jaringkan menarik perhatian peminat sukan berkecuali.

Jurulatih Mariners, Mike Mulvey berkata beliau ada mendengar tawaran kontrak dan membangkit­kan keraguan sama ada Bolt, yang suka bermain di posisi penyerang, akan mampu bersaing dengan kualiti pemain yang sedia ada. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia