Utusan Borneo (Sarawak)

Nice terus gagal catat kemenangan, kekal di kedudukan ke-14 Ligue 1

-

PARIS, Perancis: Nice, yang dibimbing bekas bintang antarabang­sa Perancis dan kelab Arsenal, Patrick Vieira, mengalami kekalahan keempat dari lima perlawanan di tempat sendiri musim ini selepas gol Morgan Sanson pada separuh masa pertama memastikan kemenangan 1-0 Marseille dalam aksi Ligue 1 Perancis Ahad lepas.

Ia adalah aksi memberangs­angkan buat Nice tetapi tidak memadai dan kekal di tangga ke-14 dengan hanya dua mata di atas zon penyingkir­an dan lapan mata di belakang Marseille yang berada di tangga keempat.

Vieira mungkin memerlukan satu tempoh keputusan yang baik selepas ini untuk mengekalka­n jawatannya.

“Malangnya, perlawanan malam ini ( Ahad) menggambar­kan nasib kami pada perlawanan lain di tempat sendiri,” kata Vieira.

“(Penyerang) Allan (Saint- Maximin), Mario (Balotelli) dan Myziane (Maolida) gagal menyerlah. Kami hilang rentak di kotak penalti lawan.”

Bagi Marseille, kemenangan mengangkat keyakinan menjelang perlawanan menentang pendahulu liga, Paris Saint Germain (PSG) hujung minggu ini.

Nice memulakan perlawanan dengan jentera seranganny­a hanya menjaringk­an tujuh gol dari sembilan perlawanan musim ini, menyebabka­n Vieira menurunkan Mario Balotelli untuk penampilan kesebelasa­n utama yang ketiga musim ini.

Balotelli mempunyai peluang pertama untuk membuka jaringan tetapi penjaga gol Marseille, Steve Mandanda berjaya menghadang bola sebelum satu cubaan lemah Allan Saint-Maximin berjaya diselamatk­an dengan mudah oleh Mandanda.

Gol kemenangan dijaringka­n pada mini tke-42 apabila Sanson menyempurn­akan umpanan Bouna Sarr.

Nice bekerja-keras mencari gol penyamaan tetapi jentera serangan sekali lagi mengecewak­an.

Pada perlawanan lain, Montpellie­r naik ke tangga ketiga selepas menewaskan Bordeaux 2-0 menerusi gol Gaetan Laborde dan Andy Delort sementara Saint Etienne seri 1- 1 dengan Rennes. — AFP

 ??  ?? VIEIRA
VIEIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia