Utusan Borneo (Sarawak)

Raikkonen paksa Hamilton tangguh julang kejuaraan F1 kelima

-

AUSTIN, Amerika Syarikat (AS): Lewis Hamilton terpaksa menunggu untuk menjulang kejuaraan dunia Formula Satu ( F1) yang kelima apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix AS di tempat ketiga selepas Kimi Raikkonen meraikan kemenangan pertama beliau bersama Ferrari dalam lebih dari lima tahun Ahad lepas.

Keputusan pencabar terdekat Hamilton, Sebastian Vettel dari Ferrari di tangga keempat bermakna kejuaraan dunia boleh disahkan hujung minggu ini dengan perlumbaan di Mexico.

Hamilton kini mendahului Vettel dengan kelebihan 70 mata dan dengan berbaki 75 mata menjadi buruan dari tiga perlumbaan terakhir, beliau boleh mengesahka­n kejuaraan dunia dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketu- juh di Mexico walaupun jika Vettel menang.

Jika Vettel gagal menang, Hamilton akan menjadi juara dunia.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen menamatkan saingan di tempat kedua selepas bermula di petak ke-18.

“Tahniah kepada Kimi dan pemanduan cemerlang dari Max (Verstappen) juga. Ini adalah yang terbaik yang kami mampu lakukan hari ini dan ia adalah hebat di mana kita menyaksika­n saingan yang hebat dalam litar,” kata Hamilton, yang bermula di petak pertama dan memburu kemenangan keenam beliau di Austin.

Raikkonen, di mana kemenangan terakhir beliau ialah pada Grand Prix Australia 2013, kelihatan selamba.

“Sememangny­a saya lebih gembira dari menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Ia adalah hujung minggu yang hebat dan kereta cukup bagus sepanjang masa,” kata pemandu dari Finland itu.

Raikkonen, yang akan meninggalk­an Ferrari untuk menyertai Sauber pada akhir musim ini, menduduki pendahulu perlumbaan pada pusingan pertama dan bernasib baik dengan strategi bijak pasukan untuk memenangi perlumbaan ke- 21 dalam kariernya.

Ia adalah kemenangan pertama beliau dalam 113 perlumbaan, satu tempoh paling lama di antara kemenangan dalam sejarah F1, mengatasi rekod lama dipegang Riccardo Patrese dari Itali. Raikkonen menamatkan perlumbaan dengan 1.3 saat di hadapan Verstappen dengan Hamilton ketinggala­n satu saat lagi selepas gagal memintas pada pus i n g a n terakhir. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK MANIS: Raikkonen menjulang trofi kejuaraann­ya selepas memenangi Formula Satu Grand Prix AS di Austin, AS.
— Gambar AFP DETIK MANIS: Raikkonen menjulang trofi kejuaraann­ya selepas memenangi Formula Satu Grand Prix AS di Austin, AS.
 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia