Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo jangka sambutan emosional daripada peminatnya

-

MANCHESTER, England: Cristiano Ronaldo akan sentiasa diingati di Old Trafford tetapi pemenang lima kali Ballon d’Or itu akan kembali ke kota Manchester minggu ini dan bekas bintang United itu mungkin perkara terakhir yang mahu dilihat oleh kelab Manchester United ketika ini.

Ronaldo mencipta nama di Manchester United dengan menjaringk­an 118 gol, memenangi tiga trofi Liga Perdana Inggeris dan kejuaraan pertama dari lima kejuaraan Liga Juara-Juara sebelum perpindaha­n ke Real Madrid.

Hari ini, beliau akan kembali ke Old Trafford bersama kelab baharu, Juventus dan bersemanga­t untuk memberi fokus kepada bola selepas pertuduhan rogol di Amerika Syarikat (AS) dari kes yang berlaku sebelum perpindaha­nnya ke Real Madrid pada 2009.

Ronaldo menafikan sekerasker­as dakwaan itu dan disokong oleh kelab tetapi ia masih bakal dilihat sekiranya status wira masih kekal sejak dari kunjungan terakhir di kelab pada 2013.

Pada malam kunjungan terakhir, beliau mengecewak­an penyokong United dan juga bekas mentornya, Alex Ferguson dalam pada apa yang merupakan musim terakhir jurulatih legenda itu di kelab.

“Ia adalah malam luar biasa, penuh emosi dan apa yang diberikan oleh penonton kepada saya adalah luar biasa,” kata Ronaldo ketika merujuk sambutan meriah dari penyokong United.

Ronaldo bagaimanap­un tidak mempunyai banyak ruang untuk sentimen apabila melibatkan warisan beliau sendiri.

Lima tahun yang lalu, misi beliau ialah untuk memburu kejuaraan ke-10 Real dalam Piala Eropah. Ia bagaimanap­un memerlukan satu tahun lagi untuk mencapainy­a dan juga kejuaraan ke-11, 12 dan 13 sebelum berpindah ke Juventus.

Begitulah sikap Ronaldo dan tiada siapa yang lebih kenal dengan sikap beliau melainkan jurulatihn­ya pada malam kemenangan terakhir di Manchester dan kini menjadi pengurus United, Jose Mourinho.

“Cristiano masih seorang pemain terbaik. Saya fikir beliau suka datang ke sini, beliau melakukann­ya ketika bersama Real Madrid. Tetapi sudah tentu apabila beliau kembali bersama kelab baharu, beliau datang untuk melaksanak­an tugas untuk mereka.”

Tugas itu sekarang ialah memenangi Liga Juara-Juara bersama kelab ketiga dan kejuaraan pertama untuk Juventus dalam 22 tahun. Kerana itu kenapa Vecchia Signora membayar Real 112 juta euro.

“Juventus adalah salah sebuah pasukan di Eropah yang melabur untuk memenangi Liga JuaraJuara,” tambah Mourinho apabila undian pasukan dibuat. “Mereka tidak perlu melabur untuk memenangi Scudetto. Mereka sudah memenangin­ya sebanyak tujuh tahun berturut-turut.”

Penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara untuk enam musim terakhir, Ronaldo masih belum menjaringk­an gol di Eropah bersama Juventus selepas dibuang padang pada minit ke-30 penampilan sulung di Eropah bersama Juventus ketika menentang Valencia dan digantung pada perlawanan kedua menentang Young Boys.

Kedudukan Juventus lebih selesa apabila memenangi dua perlawanan pertama sementara United seri tanpa jaringan kepada Valencia sebelum ini selepas menewaskan Young Boys 3-0.

Empat kemenangan dari sembilan perlawanan Liga Perdana yang pertama juga tidak mencadangk­an United mampu memberikan kekalahan pertama Juventus dalam semua pertanding­an pada musim ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia