Utusan Borneo (Sarawak)

Bahasa bukan penghalang buat Sancho dan Nelson

-

BERLIN, Jerman: Mereka mungkin bergelut dengan bahasa tetapi apabila ia melibatkan bermain bola sepak di Jerman, dua pemain remaja England, Jadon Sancho dan Reiss Nelson memastikan mereka faham dengan sempurna.

Kedua-dua pemain berusia 18 tahun itu mengambil peluang mereka dalam Bundesliga Jerman dan dijangka akan memainkan peranan penting dalam Liga JuaraJuara pada minggu ini.

Sancho menyertai Borussia Dortmund pada Ogos 2017 dengan menolak satu lanjutan kontrak di Manchester City sementara Nelson dipinjamka­n di kelab Hoffenheim dari kelab Arsenal.

Mereka mengakui bermain di negara luar mewakili cabaran tertentu, tidak seteruk mengenai bahasa.

Sancho melakukan temu bual dalam bahasa Inggeris tetapi mengakui beliau “berusaha belajar bahasa Jerman” sementara Nelson memiliki kelebihan kerana ayahnya warganegar­a Jerman.

“Saya sudah menyesuaik­an diri dengan baik dan saya berasa gembira. Ayah saya warganegar­a Jerman juga, tinggal tidak jauh dari Munich, jadi saya tahu apa untuk dijangkaka­n dan saya belajar bahasa dengan satu aplikasi – ia berjalan lancar,” jelas Nelson.

Beliau juga mempunyai banyak sokongan keluarga dengan persekitar­an baharu – ibu, adik beradik yang berpindah sementara ke Jerman untuk membantuny­a menyesuaik­an diri.

“Sinsheim adalah perkampung­an kecil di mana semua orang menyukai bola sepak,” kata beliau kepada akhbar Daily Mail barubaru ini.

S e l e p a s m e n d a p a t penampilan sulung bersama England, Sancho membuka jaringan buat pendahulu Bundesliga Jerman ketika Dortmund membelasah Stuttgart 4- 0 Sabtu lepas.

Sancho dijangka akan mengekalka­n tempat dalam kesebelasa­n utama menentang Atletico Madrid untuk aksi Kumpulan A Liga Juara- Juara tetapi dengan pantas menghargai peluang yang diberikan oleh kelab.

“Sejujurnya, mereka ( kelab) memberikan saya peluang pada usia yang muda ini, saya hanya mahu berterima kasih kepada kelab dan seluruh keluarga saya kerana mereka sentiasa menyokong saya dari awal,” kata Sancho kepada penyiaran Sky.

Nelson juga ada menjaringk­an gol ketika Hoffenheim menewaskan Nuremberg 3- 1, juga pada aksi Sabtu lepas.

Prestasi beliau mencadangk­an beliau juga mungkin akan diturunkan menentang Lyon dalam Liga Juara-Juara pada hari ini. — AFP

 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia