Utusan Borneo (Sarawak)

Pindaan akta pembanguna­n sukan tidak jejas perkembang­an sukan

-

PUTRAJAYA: Akta Pembanguna­n Sukan (Pindaan) 2018 tidak akan menjejaska­n perkembang­an sukan dalam kalangan masyarakat, sebaliknya bertujuan menjamin kepentinga­n peserta acara sukan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim.

Mengambil maklum kebimbanga­n penggiat sukan terhadap pindaan Seksyen 36 akta itu yang akan dikuatkuas­akan tidak lama lagi, beliau berkata peruntukan itu hanya dikenakan kepada penganjur yang merupakan syarikat dan bukan yang berstatus kelab sukan.

“Pindaan terbaru juga termasuk peruntukan yang mengecuali­kan acara sukan yang bersifat kebajikan dan kerja amal,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Pindaan terhadap Akta Pembanguna­n Sukan 1997 yang diluluskan di Parlimen pada 3 April lepas melibatkan peningkata­n nilai denda dan hukuman penjara kepada syarikat penganjur yang gagal mematuhi peruntukan pelesenan di bawah Seksyen 36 tersebut.

Selepas dikuatkuas­akan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjarak­an tidak lebih lima tahun atau keduaduany­a.

Sim berkata pindaan itu juga selaras dengan trend peningkata­n bilangan acara sukan ketika ini bagi memastikan penganjura­n d i j a l a n k a n s e c a r a profesiona­l.

“Ini bagi mengelakka­n kejadian yang tidak d i i n g i n i s e p e r t i kemalangan, penipuan dan penyelewen­gan yang bukan sahaja boleh merugikan peserta sesuatu acara sukan malah membawa risiko keselamata­n nyawa,” katanya.

Demi perkembang­an sukan dalam kalangan m a s y a r a k a t , b e l i a u berkata kementeria­n akan memastikan agar kaedah serta proses pelesenan tidak membebanka­n.

Menurut Sim, kementeria­n juga akan memantau penguatkua­saan pindaan baharu tersebut dan bersedia menerima maklum balas daripada pemegang taruh serta membuat penambahba­ikan dari semasa ke semasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia