Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Bandar Sarikei muncul juara Kejohanan Taekwondo Jemputan

-

SARIKEI: Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Bandar Sarikei muncul johan pada Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo Jemputan Sekolah-sekolah Menengah Zon Tengah Sarawak 2018 yang melabuhkan tirai di sini petang kelmarin.

Naib juara dimenangi oleh SMK Methodist Sibu manakala tempat ketiga diraih SMK Tatau Bintulu.

Sebanyak 80 orang peserta dari tujuh buah se- kolah menengah menyertai pertanding­an itu.

Terdapat lapan kategori dipertandi­ngkan iaitu Kyorugi Individu 13- 16 tahun lelaki, Kyorugi Individu (13-16 tahun wanita), Kyorugi Individu ( 17- 20 tahun lelaki), Kyorugi Individu (17-20 tahun wanita), Kyorugi Berpasukan ( 1316 tahun lelaki), Kyorugi Berpasukan ( 13- 16 tahun wanita), Kyorugi Berpasukan (17-20 tahun lelaki) dan Kyorugi Berpasukan (17-20 tahun wanita).

Pertanding­an itu berlangsun­g dua hari dan di Dewan SMK Bandar Sarikei.

Ia dianjurkan untuk menyediaka­n landasan penguasaan dan menguji tahap kemahiran atlet- atlet seni bela diri.

Program ini turut menjadi strategi mencungkil bakatbakat dan mengetenga­hkan lebih ramai atlet mampu bersaing dalam sukan terbabit di peringkat lebih tinggi.

Pertanding­an ini anjuran SMK Bandar Sarikei dengan kerjasama Kelab Teakwondo SMK Bandar Sarikei, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan Persatuan Teakwondo Bahagian Sarikei (MTA).

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang disempurna­kan oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii iaitu Penghulu Huang Tiong Kang.

 ??  ?? JUARA: Pasukan SMK Bandar Sarikeimun­culjuaraKe­johanan Seni Bela Diri Taekwondo Jemputan Sekolah- sekolah MenengahZo­nTengahSar­awak 2018 menerima hadiah.
JUARA: Pasukan SMK Bandar Sarikeimun­culjuaraKe­johanan Seni Bela Diri Taekwondo Jemputan Sekolah- sekolah MenengahZo­nTengahSar­awak 2018 menerima hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia