Utusan Borneo (Sarawak)

Nafas PPFM juara futsal NCS 2018

-

SIBU: Pasukan futsal Nafas PPFM muncul juara pertanding­an futsal sempena Nangka Challenge Series (NCS) 2018 menamatkan siri-4 di gelanggang futsal Kampung Dato Baru, Ahad lalu.

Selaku juara, pasukan futsal Nafas PPFM berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500.

Manakala tempat kedua dimenangi Emmanuel UTD sementara SFZ dan Permai FT masing-masing berkongsi tempat ketiga bersama.

Tempat kedua berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000, diikuti tempat ketiga bersama masing-masing membawa pulang RM250.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi, Dr Annuar Rapa’ee.

Kejohanan futsal itu berjaya menarik penyertaan sebanyak 40 pasukan futsal dari Mukah, Kuching, Sarikei, Kapit, Daro, Matu dan termasuk pasukan tuan rumah, Sibu.

Kejayaan keempat-empat pasukan menduduki empat tangga teratas membolehka­n mereka mara ke peringkat akhir dijadualka­n pada November depan.

Sebanyak 16 pasukan akan bersaing dalam aksi final.

Sementara itu, pertanding­an untuk futsal, bola sepak 7 sebelah, boling dan sepak takraw diadakan setiap bulan pada hujung minggu hingga Oktober.

NCS 2018 merupakan anjuran bersama Sekretaria­t Sosial Budaya Sukan dan Perpaduan Nangka ( SSBSPN), Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersama (PBB) Sibu dan Pusat Khidmat DUN Nangka.

 ??  ?? JUARA: Pasukan futsal Nafas PPFM (baris depan) bersama Dr Annuar (berdiri, tengah), Pengerusi Penganjur NCS 2018 Kaunselor Jimmy De Rozario dan yang lain.
JUARA: Pasukan futsal Nafas PPFM (baris depan) bersama Dr Annuar (berdiri, tengah), Pengerusi Penganjur NCS 2018 Kaunselor Jimmy De Rozario dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia