Utusan Borneo (Sarawak)

Cinta di Gurun Sahara satukan dua doktor Angkatan Tentera Darat

-

DUA doktor perubatan angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak menyangka penyertaan mereka dalam misi pengaman PBB di Sahara Barat dekat sempadan Maghribi, Afrika lebih 10 tahun lepas melahirkan bibit cinta yang membawa mereka ke jenjang pelamin.

Siapa sangka misi selama enam bulan pada tahun 2007 di tengah padang pasir itu akhirnya telah mempertemu­kan jodoh Kol Dr Mohammed Munir Osman, 39, dari Segamat, Johor dan Kol Dr Siti Zulaili Zulkepli, 38, dari Sungai Petani, Kedah.

“Sebelum misi di Sahara, kami tidak lagi mengenali antara satu sama lain, namun kami telah sama-sama ditugaskan dalam misi pengaman PBB di Sahara di bahagian perubatan dan di situlah kami mula kenal.

“Banyak pengalaman yang kami tempuh di Sahara khasnya dalam berhadapan masalah komunikasi kerana tidak semua anggota tentera dari beberapa negara di bawah PBB yang fasih menggunaka­n bahasa Inggeris,” kata Dr Mohammed Munir kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Dr Mohammed Munir dan Dr Siti Zulaili merupakan pasangan suami isteri tunggal daripada 66 orang yang menerima kenaikan pangkat pegawai kanan tentera darat pada satu majlis yang disempurna­kan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata ketika menyertai misi itu, mereka hanya banyak memberikan rawatan kecederaan ringan kepada anggota dan tidak seperti sebelumnya yang mana ramai anggota pengaman cedera parah akibat periuk api.

Ditanya kenapa memilih perkhidmat­an dalam TDM, Dr Mohammed Munir berkata beliau gemarkan sesuatu yang mencabar dan lasak selain suka untuk berkhidmat di kawasan-kawasan luar daripada rutin seorang doktor biasa.

 ?? — Gambar Bernama ?? MERPATI DUA SEJOLI: Dr Mohamed (kanan) bersama Dr Siti selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di Wisma Perwira Tentera Darat baru-baru ini.
— Gambar Bernama MERPATI DUA SEJOLI: Dr Mohamed (kanan) bersama Dr Siti selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di Wisma Perwira Tentera Darat baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia