Utusan Borneo (Sarawak)

Tempah panggung tonton Paskal

-

KUALA LUMPUR: Maklum balas positif terhadap filem ketenteraa­n tempatan, ‘Paskal The Movie’ menarik minat alumni University of Strathclyd­e, United Kingdom untuk meluangkan masa menonton tayangan filem itu, malam kelmarin.

Kira-kira 100 bekas penuntut universiti berkenaan terdiri daripada pelbagai kaum, menempah panggung untuk menonton filem arahan Adrian Teh itu, sekali gus memberi indikasi penerimaan ramai terhadap filem Melayu yang menonjolka­n semangat patriotik yang disifatkan setaraf filem Hollywood.

Seorang wakil alumni, Dr Jason Tee, 33, ketika ditemui Bernama mengakui amat teruja ketika menyaksika­n filem tersebut kerana jalan cerita yang menarik dan luar jangkaan.

“‘Mind-blowing’ (sangat luar biasa). Filem ini tidak seperti tahap filem Malaysia yang lain kerana sangat menarik, menyentuh emosi dan sempurna.

“Saya harap akan ada sambungan filem Paskal kedua yang lebih menarik dan terbaik,” katanya selepas menyaksika­n tayangan filem berkenaan.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin yang juga alumni universiti itu, berkata rakan-rakannya menyatakan rasa gembira dan bangga selepas menonton tayangan khas Paskal.

“Rata-rata gembira dan bangga filem tersebut bertaraf Hollywood. Seramai lebih kurang 100 orang profesiona­l yang kebanyakan­nya terdiri daripada kaum Cina menempah satu panggung,” katanya.

Ahmad Kamarulzam­an sebelum itu mengiringi Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang berkenan meluangkan masa untuk menonton filem itu di pawagam berasingan.

Paskal yang mengetenga­hkan pengorbana­n anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia diinspiras­ikan daripada kisah sepasukan anggota unit elit itu yang dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.

Filem tersebut yang turut ditayangka­n di beberapa buah negara termasuk Singapura, China, Brunei dan Turki, berjaya mengaut kutipan RM22 juta dalam tempoh 18 hari tayangan.

Antara aset tentera yang dapat disaksikan menerusi filem itu termasuk kapal ronda, bot tempur CV90, pelantar Tun Sharifah Roziah, Kapal Bunga Mas 5 di perairan pantai Timur Sabah, helikopter Fennec, pesawat C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia dan kapal selam Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman.

Filem arahan Adrian Teh yang menjalani penggambar­an di Lumut, Perak; Semporna, Sabah dan Maghribi itu menampilka­n pelakon seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G serta Jasmine Suraya Chin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAYANGAN KHAS: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (kanan) dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (dua, kanan) berkenan beramah mesra bersama barisan pelakon dan pengarah filem Paskal Adrian Teh (tiga, kiri) selepas menghadiri Majlis Tayangan Filem Paskal malam kelmarin. Turut kelihatan dalam gambar adalah Ahmad Kamarulzam­an (empat, kanan).
— Gambar Bernama TAYANGAN KHAS: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (kanan) dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (dua, kanan) berkenan beramah mesra bersama barisan pelakon dan pengarah filem Paskal Adrian Teh (tiga, kiri) selepas menghadiri Majlis Tayangan Filem Paskal malam kelmarin. Turut kelihatan dalam gambar adalah Ahmad Kamarulzam­an (empat, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia