Utusan Borneo (Sarawak)

Program majalah Mandarin kongsi kerjaya impian di TV2, 24 Oktober ini

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi kepelbagai­an program siarannya dengan menayangka­n rancangan berbentuk majalah Mandarin bertajuk ‘Follow Your Heart’ mulai 24 Oktober ini, setiap Rabu jam 11.30 pagi menerusi saluran TV2.

Bersiaran sepanjang 13 episod, program ini menampilka­n pengacara Chai Cheng Sheong berbincang dan berkongsi pengalaman dengan ‘mentor’ (guru) tentang ciri-ciri utama yang mesti dipenuhi untuk setiap kerjaya impian dapat dipelajari oleh ‘mentee’ (murid) yang diajarnya dari segi penggunaan peralatan, pengetahua­n bidang dan kesediaan fizikal dan mental dalam bidang kerjaya yang dipilih.

Pada masa sama ‘mentee’ (murid) diuji serta-merta setelah mempelajar­inya. Sebagai tambahan, ‘mentor’ (guru) berkongsi pengalaman tentang kisah, impian hidup dan cabaran yang dihadapi sebagai seorang yang menyandang kerjaya impian ini.

Episod pengenalan­nya membawa penonton mengetahui secara lebih terperinci tentang kerjaya seorang Cef Pemakanan (Nutrition Chef) dengan mengundang mentor bidang ini bernama Clement Tay Weng Sen.

Cef Pemakanan dan ‘mentee’ murid iaitu Gladys Goh mempelajar­i tentang perkara-perkara seperti teknik penggunaan pisau yang betul dan berkesan semasa menyediaka­n masakan dan daging.

Tip-tip dan resipi memasak spageti Carbonara dan Aglio Olio juga resipi menu ‘Dorry Fish’ dengan spageti yang menggabung­kan teknik masakan Barat dan Timur.

Gladys Goh menyediaka­n satu hidangan spageti yang baru dipelajari bercorak ‘sarang burung’ bagi satu kumpulan seramai dua puluh orang.

Selami kerjaya seorang jurugambar profesiona­l bersama Yong Bing Song, seorang jurugambar dan ‘Mentee’ iaitu Alex Yap Choon Kiat melakukan perkaraper­kara seperti yang berikut teknik penggunaan kamera, lampu sinaran, ‘photoshop’.

Tip-tip mengambil gambar objek hidup yang bergerak seperti orang dan model. Teknik mengambil gambar bagi objek statik dan teknik mengambil gambar di luar atau dalam bilik.

Alex Yap diberi satu ujian mengambil gambar ke atas seorang model bersama dengan sebuah basikal di luar bilik.

Menarik tentang kerjaya Barista yang boleh dikongsika­n dengan semua.

Hos berbincang dan berkongsi pengalaman bersama ‘Mentor’ Rayny Lee Sek Fun, seorang Barista dan ‘Mentee’ Daryll Yang mengetahui teknik penggunaan mesin kopi serta alat-alat sampingan’, berkongsi tip membuat kopi-kopi yang berasa baik dan digemari ramai.

Daryll telah di beri satu tugas khas mengumpulk­an matlumat penting tentang serba-serbi dan kedudukan kedai kopi dan cafe di Malaysia dan kemukakan laporannya dalam satu minggu.

Zentangle? Apakah itu Zentangle? Berkongsi pengalaman bersama penceramah Soo Mee Chee, pakar dan pelukis Zentangle dan ‘Mentee’ iaitu Andrew Tan Chin Aun mengetahui kebaikan dan faedah belajar lukisan Zentangle, prinsip asas melukis Zentangle.

Andrew Tan Chin Aun seorang mahasiswa perubatan berminat menggabung­kan ilmu perubatan dan lukisan Zentangle untuk memberi terapi yang berkesan kepada pesakit yang memerlukan pengetahua­n dan kepakaran dalam kedua-dua bidang ini pada masa akan datang.

Berbincang dan berkongsi pengalaman bersama ‘Mentor’ Charmaine Chen, seorang Pereka Fesyen Rambut dan ‘Mentee’ Ng Chuan Hoo berkongsi masalah dan tahap kedukaan ke atas tangan dan jari kerana bahan kimia dalam syampu, menerangka­n dan tunjuk ajar langkah dan prosedur yang tepat bila mencuci, mengeringk­an, mengeraska­n dan melembutka­n rambut.

Dalam episod ini Ng Chuan Hoo mencapai ke tahap kemahiran dan pelajarann­ya dalam masa seminggu sahaja.

Pakar berlian? Sekali dengar menarik bukan tentang kerjaya ini.

Kongsikann­ya bersama Joeson Khor, seorang pakar berlian dan ‘Mentee’ Tan JIa Qi melakukan piawai penilaian berlian dengan kaedah 4C (Carat Weight, Cut, Clarity & Colour), kejelasan/ kejernihan (‘Clarity’) dilanjutka­n dengan IF, VVS1, VVS2, VS1, VS2, SI1, SI2, SI3 serta I1, I2 dan I3.

Tan Jia Qi ialah seorang Pakar Fesyen tetapi Tan berhasrat menjadi seorang pereka bentuk berlian sejak kecil. Joeson Khor telah memenuhi impian Tan Jia Qi.

Bersama ‘Mentor’ Fabian Wong, seorang Pesolek Khas dan ‘Mentee’ Danny Yeap Chin Khen mengetahui perkara-perkara seperti aplikasi pesolek khas dalam sesuatu tayangan dan persembaha­n, prinsip asas, senang yang cepat dan jimat apabila menjalanka­n solekan khas. Danny Yeap Chin Khen diberi satu ujian untuk membuat dan melakukan satu solekan khas agar impiannya sejak kecil dapat dipenuhi.

Episod kerjaya sebagai artis mengundang tetamu Phillip Wong Hon Keong, seorang Artis dan ‘Mentee’ Michelle Ho, kerjaya pakar Feng Shui bersama ‘Mentor’ Wong Hui Ling, dan ‘Mentee’ Tan Wei Lee, kerjaya ‘Beat Boxer’ menampilka­n tetamu Cody Foo Jia Hoa, seorang ‘Beat Boxer’ dan ‘Mentee’ Ang Yong Khang menerangka­n serta menunjukka­n suara asas dan suara yang lebih rumit ‘Beat Boxer’.

Ikuti juga episod membongkar kerjaya seorang penari bersama Lau Lek Seng, seorang penari dan ‘Mentee’ Lim Tai Kim menerangka­n dan memberi tunjuk ajar serta mengubahsu­aikan langkah tarian dan fikiran untuk warga emas juga kerjaya ‘Mentor’ Khoo Meng Yang, seorang ‘Kickboxer’ dan ‘Mentee’ Emily Lim Pey Chi seorang pelakon.

Emily menerangka­n sebab-sebab dia menyertai ‘kickboxing’ untuk kerjaya seorang pelakon yang berjaya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? BERSIARAN MULAI ESOK: Program majalah Mandarin bertajuk ‘Follow Your Heart’ mulai 24 Oktober ini, setiap Rabu jam 11.30 pagi menerusi saluran TV2.
BERSIARAN MULAI ESOK: Program majalah Mandarin bertajuk ‘Follow Your Heart’ mulai 24 Oktober ini, setiap Rabu jam 11.30 pagi menerusi saluran TV2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia