Utusan Borneo (Sarawak)

Willa bangkit jadi Kategori 4 di luar pantai pasifik Mexico

-

KOTA MEXICO: Hurikan Willa bangkit menjadi ribut berbahaya Kategori Empat di luar pantai pasifik Mexico, menurut peramal cuaca Amerika Syarikat (AS) kelmarin, memberi amaran tentang kemunculan ribut yang mengancam nyawa dan angin kuat serta hujan lebat.

Ribut gergasi itu adalah 340 kilometer selatan-barat daya dari Cabo Corrientes, Mexico, membawa angin selaju 230 kilometer sejam.

“Sangat berbahaya...hurikan Willa terus menjadi semakin kuat dengan pantas dan diramal akan menghasilk­an serangan ribut yang mengancam nyawa, angin dan hujan lebat di beberapa bahagian di barat daya dan barat tengah Mexico bermula pada Selasa,” kata Pusat Hurikan Negara yang berpusat di Miami.

Ia bergerak ke depan utarabarat laut, dengan pergerakan perlahan sembilan kilometer sejam, menurut ramalan tersebut.

“Kekuatan tambahan dijangkaka­n pada keesokan hari atau seterusnya, serta Willa diramal akan menjadi hurikan yang berbahaya ketika ia sampai ke pantai Mexico,” menurut NHC.

Kerajaan Mexico sudah meletakkan beberapa bahagian di pantai dalam keadaan berjaga-jaga.

Di kawasan lain, Ribut Tropika ‘Vicente – dengan kelajuan angin maksimum 65 kilometer sejam – dijangka akan membawa “hujan lebat dan banjir” di bahagian selatan dan barat daya Mexico.

Sejak Khamis lepas, wilayah selatan Oaxaca mengalami banjir dan tanah runtuh dikaitkan dengan hujan, yang menurut pihak berkuasa menyebabka­n 11 orang terkorban. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERBAHAYA: Imej serahan satelit NOAA/RAMMB dirakam pada AT 5:30 UTC semalam menunjukka­n hurikan Willa di luar pantai pasifik Mexico.
— Gambar AFP BERBAHAYA: Imej serahan satelit NOAA/RAMMB dirakam pada AT 5:30 UTC semalam menunjukka­n hurikan Willa di luar pantai pasifik Mexico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia