Utusan Borneo (Sarawak)

IMARET bantu evakuasi mangsa gempa di pedalaman

-

SIGI: Sekurang-kurangnya 15 mangsa gempa di kawasan pedalaman di wilayah Sigi dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut, selepas ditemui doktor sukarelawa­n Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET).

Ketua pasukan ketiga IMARET ke Sulawesi, Dr S. Jayaseelan berkata, pihaknya menumpukan kepada lima kawasan terjejas di Kapubaten, tetapi tidak mempunyai sukarelawa­n perubatan.

Lima kawasan itu ialah Tinggede, Pandere, Nokilalaki, Banpres dan Palolo, keseluruha­nnya membabitka­n 45 desa dengan anggaran lebih 20,000 penduduk.

“Kawasan tersebut terletak di antara kawasan kota yang teruk dilanda gempa dan kawasan hujung pedalaman. Fokus kita ialah rawatan awal psikososia­l dan pendidikan kesihatan. Kita juga bekerjasam­a dengan ketua puskemas (pusat kesihatan masyarakat) dan pegawai kesihatan daerah terbabit,” katanya kepada Bernama di Pandere di sini.

Di Kecamatan Pandere sebanyak enam kes kecederaan diterima termasuk patah tulang paha dan retak tulang punggung.

Suriyadin, 25, yang patah tulang paha kiri kerana terjatuh dari tingkat dua mengucapka­n terima kasih kepada doktor Malaysia yang bersusah-payah mencari dan memujuknya untuk ke hospital di kota Palu.

“Saya khuathir ke kota, takut gempa lagi,” katanya yang ditemui dirumahnya.

Suriyadin antara ribuan mangsa gempa dan tsunami yang menggoncan­g Sulawesi Tengah pada 28 Septem- ber lalu, menjejaska­n lebih 220,000 penduduk, lebih 4,600 cedera manakala 2,105 lagi disahkan terkorban.

Rosdiana, 30, dari Nokilalaki yang turut dirawat pasukan IMARET berkata, sehingga kini masih trauma dan sukar untuk tidur kerana sakit seluruh badan disebab- kan tercampak ketika bencana.

Gempa bumi berkekuata­n lebih 7.5 skala Richter itu turut menyebabka­n ombak tsunami mencecah enam meter dan mencetuska­n fenomena likuifaksi yang menenggela­mkan penempatan di kawasan Petobo dan Balaroa.

Doktor sukarelawa­n IMARET tiba di wilayah itu sejak 2 Oktober lalu, bertindak sebagai pasukan perubatan hadapan ( FMT) Hospital Medan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) untuk membantu usaha evakuasi perubatan kepada mangsa gempa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LENYAP: Pandangan atas menggunaka­n dron di perkampung­an Sibalaya yang lenyap ditelan bumi ketika tinjauan ke lokasi kesan gempa bumi di wilayah Sigi, Palu pada 17 Oktober lalu.
— Gambar Bernama LENYAP: Pandangan atas menggunaka­n dron di perkampung­an Sibalaya yang lenyap ditelan bumi ketika tinjauan ke lokasi kesan gempa bumi di wilayah Sigi, Palu pada 17 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia