Utusan Borneo (Sarawak)

Polis temui 63 janin di rumah mayat Detroit

-

DETROIT: Polis di bandar Detroit di Amerika Syarikat (AS) menemui 63 janin di sebuah rumah mayat semasa satu siasatan meluas melibatkan salah laku di fasiliti sebegitu, lapor media AS.

“Ini adalah lebbih besar berbanding yang kami mungkin ketahui,” The Detroit News memetik Ketua Polis James Craig sebagai berkata. “Ia adalah sukar dipercayai.”

Beliau bercakap kepada wartawan selepas polis pada Jumaat lepas menyerbu Perry Funeral Home, di mana mereka menemui 36 janin di dalam kotak dan tambahan 27 lagi di dalam peti pendingin hawa.

Pengatur wilayah Michigan memansuhka­n lesen rumah tersebut, seminggu selepas penyiasat menemui 20 janin di dalam siling palsu di sebuah rumah mayat lain di bandar tersebut.

“Kami sudah memperluas­kan siasatan,” menurut Craig, seperti yang dipetik oleh News. “Kami mahu memahami sebab- sebabnya. Adakah ia berkaitan dengan kewangan? Kami tidak tahu.”

Pemeriksa negeri berkata rumah mayat tersebut gagal untuk memfailkan sijil mati tepat pada masanya, tidak mendapat permit untuk pemindahan atau pengebumia­n mayat, serta tidak mempunyai kebenaran daripada ahli keluarga tentang pengurusan mayat.

Ibu bapa menyaman Perry Funeral Home, dan beberapa agensi lain, mendakwa rumah mayat tersebut menyimpan mayat bayi lahir mati dan lahir hidup di sebuah rumah mayat universiti selama hingga tiga tahun tanpa memaklumka­n ibu bapa, kata News.

Ia menambah bahawa tun- tutan saman selanjutny­a menyatakan rumah mayat mengenakan bayaran untuk perkhidmat­an dan pengebumia­n yang tidak dilakukan.

Selepas penemuan mayat pada Jumaat lepas, CNN memetik peguam rumah mayat, Joshua Arnkoff, sebagai berkata: “Tuduhan ini hanya melibatkan mayat bayi yang tidak dituntut. Perry Funeral Home menerima mayat ini dari hospital tempatan yang memaklumka­n kepada Perry bahawa mayat tersebut “tidak dituntut” oleh ibu bapa.”

Arnkoff menambah, “kami tidak mempercaya­i manamana mayat ini melibatkan beberapa keluarga yang membayar kepada Perry untuk perkhidmat­an pengebumia­n.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENEMUAN NGERI: Perry Funeral Home di Trumbull Avenue di Detroit.
— Gambar AFP PENEMUAN NGERI: Perry Funeral Home di Trumbull Avenue di Detroit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia