Utusan Borneo (Sarawak)

QSR Brands rancang buka 24 lagi cawangan KFC

-

KLUANG: QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) merancang membuka 24 cawangan baharu restoran makanan segera KFC di seluruh negara tahun depan susulan kejayaan pembukaan 23 cawangan tahun ini.

Pengarah Urusannya Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata pihaknya bercadang untuk memfokuska­n pembukaan restoran jenis pandu lalu yang menjadi pilihan pelanggan masa kini.

“Atas alasan itulah kita bekerjasam­a dengan beberapa pemaju perumahan, termasuk Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) untuk membina restoran itu.

“Hasil ( kerjasama) dengan pihak Matrix Concepts sebelum ini menyaksika­n pembinaan restoran KFC ke-700 di Seremban. Kini, kami bersetuju meneruskan kerjasama dengan salah satu cawangan di Impiana Square, Bandar Seri Impian, Kluang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah restoran pandu lalu KFC di Bandar Seri Impian yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia Ling Mee Jiuan dan Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts Ho Kong Soon.

Pada majlis tersebut, QSR Brands dan Matrix Concepts turut menandatan­gani memorandum perjanjian pembinaan restoran KFC.

Mengulas selanjutny­a, Mohamed Azahari juga menyifatka­n kerjasama strategik dengan pemaju terkemuka itu sebagai langkah penting pengembang­an rangkaian restoran serta menjadi komponen pertumbuha­n utama bagi manfaat jangka panjang syarikat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia