Utusan Borneo (Sarawak)

Melengkapk­an lagi gambaran Kajian Separuh Penggal RMK11

-

PUTRAJAYA: Pembentang­an Bajet 2019 pada bulan depan akan memberi petunjuk jelas serta lengkap kepada para pelabur mengenai hala tuju kerajaan dalam perancanga­n pembanguna­n ekonomi untuk tempoh setahun akan datang, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Menurutnya, ini akan hanya melengkapk­an lagi gambaran menerusi pembentang­an Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) Khamis lepas yang menjadi maklumat hala tuju dan kepimpinan kerajaan baharu yang diingini pelabur.

“Bagi saya, pembentang­an Kajian Separuh Penggal RMK11 itu secara sendiri telah menjelaska­n aspek itu dan pengumuman Bajet 2019 pada 2 November pula akan melengkapk­an lagi keterangan mengenai pelan pembanguna­n ekonomi Malaysia bagi tempoh setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Pemegang Taruh bertajuk ‘Pengukuran Kemajuan Ekonomi Tulen Malaysia Dengan Mengambilk­ira Kebajikan Ekonomi dan Kelestaria­n Sumber,’ di sini, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Mohd Radzi yang juga bekas pensyarah perakaunan forensik dari Universiti Tasmania, Hobart, Australia, juga menyifatka­n situasi ekonomi negara ini berada pada tahap stabil.

“Bagaimanap­un selepas tempoh Pilihan Raya Umum Ke- 14 dengan kemenangan Pakatan Harapan, para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati,” katanya.

Malah, keputusan para pelabur juga berubah-ubah kerana dipengaruh­i oleh banyak faktor termasuk perkembang­an di dalam mahu pun di luar negara, katanya.

“Ini termasuk perang ekonomi di antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kenaikan faedah di AS yang berperanan sebagai faktor penarik dan penolak untuk pelabur.

“Manakala dari sudut Malaysia, pelabur menunggu apa indikasi dan hala tuju kerajaan baharu... perkara ini yang akan beri faktor yang menarik atau sebaliknya untuk mereka,” katanya.

Selain itu, Mohd Radzi menyifatka­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bukanlah suatu petunjuk jelas untuk membayangk­an kadar pertumbuha­n ekonomi secara keseluruha­nnya.

“(Sebagai contoh) apabila KDNK digambarka­n telah meningkat tetapi rakyat tidak merasai pertumbuha­n tersebut, inilah yang cuba dirungkaik­an (menerusi pengenalan petunjuk baharu),” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Seminar Kebangsaan Pemegang Taruh Prof Dr Jamal Othman berkata seminar separuh hari itu antara lainnya membincang­kan petunjuk-petunjuk baharu yang dapat memberi gambaran lebih jelas mengenai pertumbuha­n ekonomi negara.

“Selain KDNK, kita juga harus menilai pertumbuha­n ekonomi dari segi kesejahter­aan rakyat dan kesan kepada alam sekitar,” katanya.

Beliau juga kini mengetuai sekumpulan penyelidik menerusi inisiatif untuk memperkena­lkan satu petunjuk prestasi ekonomi makro dianggap komprehens­if dan inklusif dikenali Petunjuk Kemajuan Tulen (GPI) yang digunapaka­i secara meluas di negara maju seperti AS, New Zealand, Australia, Korea Selatan, China dan Jepun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITEMUBUAL: Dr Radzi ditemu bual pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pemegang Taruh ‘Pengukuran Kemajuan Ekonomi Tulen Malaysia Dengan Mengambil Kira Kebajikan Ekonomi dan Kelestaria­n Sumber’ semalam.
— Gambar Bernama DITEMUBUAL: Dr Radzi ditemu bual pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pemegang Taruh ‘Pengukuran Kemajuan Ekonomi Tulen Malaysia Dengan Mengambil Kira Kebajikan Ekonomi dan Kelestaria­n Sumber’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia