Utusan Borneo (Sarawak)

MED sedang rangka polisi dasar keusahawan­an negara yang inklusif dan kompetitif

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) sedang merangka polisi mengenai Dasar Keusahawan­an Negara yang inklusif dan kompetitif selaras dengan pembentang­an Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) pada 18 Oktober lepas.

Kementeria­n itu dalam satu kenyataan kelmarin berkata ini merupakan agenda baharu negara dalam pembanguna­n keusahawan­an yang komprehens­if dan bersepadu yang akan menumpukan kepada golongan kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dan usahawan sosial ke arah meningkatk­an taraf hidup rakyat.

“Maklumat lanjut mengenai dasar ini akan diumumkan pada pertengaha­n November 2018,” kata MED.

Menurut kementeria­n berkenaan beberapa isu strategik telah dikenal pasti yang melibatkan kluster pembiayaan, latihan, koperasi, pangkalan data, operasi/ rasionalis­asi dan antarabang­sa.

Antara perkara yang dibangkitk­an adalah kajian semula kerangka perundanga­n dan dasar keusahawan­an termasuk memperkuku­h tadbir urus yang cekap dalam kalangan usahawan/koperasi, peluasan pasaran, rasionalis­asi agensi pembanguna­n usahawan dan mekanisme pembiayaan baharu yang lebih dinamik dan terbuka.

Selain itu, ia juga akan menyusuli isu dan pelan strategik yang diperlukan bagi merasional­isasi dan memfokus semula fungsi dan peranan agensi pembanguna­n usahawan serta tumpuan sektor program pembanguna­n usahawan bagi menyokong agenda ekonomi negara untuk mewujudkan ekosistem keusahawan­an yang kondusif dan bersepadu, kata kementeria­n tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia