Utusan Borneo (Sarawak)

PayNet akan lancar perkhidmat­an pemindahan wang DuitNow pada Dis

-

KUALA LUMPUR: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan 14 bank dijangka menawarkan DuitNow, iaitu perkhidmat­an pembayaran elektronik baharu yang membolehka­n pelanggan memindahka­n wang dengan selamat dan segera menggunaka­n nombor telefon mudah alih penerima.

Bank Negara Malaysia adalah pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat itu dan PayNet disokong oleh 11 institusi kewangan utama sebagai pemegang saham bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Peter Schiesser berkata, pada masa ini, tujuh bank telah memulakan inisiatif berkenaan dan menawarkan perkhidmat­an kepada pelanggan untuk pendaftara­n awal.

“Untuk pendaftara­n, bank telah menghantar tujuh juta notis kepada pengguna. Kami sangat positif terhadap kadar pengambila­n selepas pelancaran pada Disember 2018,” kata Schiesser semasa taklimat media mengenai DuitNow di sini, semalam.

Dengan menggunaka­n nombor telefon mudah alih, pengguna DuitNow yang didaftarka­n dengan mudah dan segera boleh menerima dana tanpa perlu memberikan nombor akaun bank mereka kepada pembayar.

Schiesser menjelaska­n bahawa hanya satu kali pendaftara­n dengan bank masing-masing diperlukan untuk menerima pembayaran dan pelanggan bank tidak perlu mendaftar dengan DuitNow untuk membuat pembayaran.

“Apabila perkhidmat­an dilancarka­n pada Disember, pelanggan boleh melakukan pembayaran dengan mengakses DuitNow di bawah menu ‘ pemindahan dana’ pada saluran perbankan Internet dan perbankan mudah alih masing-masing. Bayaran sehingga RM5,000 adalah percuma untuk pengguna dan perusahaan kecil dan sederhana,” katanya.

Selain daripada DuitNow yang baharu dilancarka­n, Paynet juga merupakan penyedia Pemindahan Elektronik Masa Nyata Dana dan Sekuriti ( RENTAS), Sistem Automatik Sepenuhnya untuk Tender (FAST), GIRO Antara Bank dan JomPAY, MyDebit serta FPX. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERKINI: Peter Schiesser menunjukka­n aplikasi ‘DuitNow’ di DuitNow Media selepas taklimat mengenai DuitNow semalam.
— Gambar Bernama TERKINI: Peter Schiesser menunjukka­n aplikasi ‘DuitNow’ di DuitNow Media selepas taklimat mengenai DuitNow semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia