Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia mula penerbanga­n Ipoh-Singapura Disember ini

-

IPOH: Syarikat penerbanga­n tambang murah, AirAsia Bhd akan memulakan penerbanga­n dari Ipoh-Singapura-Ipoh mulai 2 Dis ini, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing.

Beliau berkata perkara itu disahkan pihak AirAsia pagi semalam dengan kekerapan penerbanga­n empat kali seminggu.

“Mengikut jadual penerbanga­n setiap minggu akan ada empat kali penerbanga­n iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Kami gembira sebab perjalanan terus antarabang­sa dari Ipoh dapat ditambah.

“Dengan penerbanga­n ini kita harapkan lebih banyak penerbanga­n antarabang­sa lain akan ada di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media Minggu Fesyen Antarabang­sa Ipoh (IIFW) 2018 di Lost World Of Tambun di sini, semalam.

IIFW’18 yang memasuki tahun kedua akan berlangsun­g selama tiga hari mulai 9 Nov ini dengan tema ‘Even Bigger’ dan bakal menampilka­n rekaan 10 pereka fesyen terkemuka tanah air serta antarabang­sa.

Tan berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk menambah penerbanga­n antarabang­sa termasuk dari Ipoh ke Thailand dan China sama ada secara terus atau sewa khas.

Pada masa ini, Perak menerima ketibaan penerbanga­n domestik dan antarabang­sa dari beberapa syarikat iaitu Malindo, AirAsia, Firefly serta syarikat penerbanga­n tambang murah Singapura, Scoot.

Mengulas lanjut, Tan berkata penerbanga­n dari Singapura ke Ipoh dijangka tiba di LTSAS pada 9.45 pagi, manakala dari Ipoh ke Singapura akan berlepas 12.50 tengah hari.

“Dengan penyertaan AirAsia dalam laluan emas ini ia boleh memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna dari segi harga yang lebih baik dan slot masa berlainan,” katanya.

Mengenai cadangan membesarka­n LTSAS, beliau berkata setakat ini lapangan terbang itu tidak mempunyai masalah untuk membolehka­n kapal terbang jenis Boeing 737 dan Airbus jenis A320 berlepas atau mendarat.

“Setakat ini syarikat penerbanga­n tambang murah menggunaka­n kapal terbang jenis 737 dan A320, jadi landasan sepanjang dua kilometer sudah mencukupi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia