Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta Mewah buka pusat Proton 3S baharu di Lutong Syarikat berikrar akan menyediaka­n jualan dan perkhidmat­an yang luar biasa dengan kemudahan tambahan

- Oleh Eric Edward

MIRI: Wakil sah Proton, Kereta Mewah Sdn Bhd semalam merasmikan pembukaan pusat Proton 3S baharu di Lutong, di sini.

Majlis perasmian disempurna­kan Pengarah Urusannya Tan Kim Hoon, disertai Pengurus Besar Pembanguna­n Rangkaian Proton Dr Ho Tuck Sum, Pengurus Jualan Proton Sarawak dan Sabah Ahmadi Abdul Latif serta Pengurus Penyelengg­araan (Servis) Proton Sarawak dan Sabah Asahari Mohamad.

“Dengan pembukaan pusat Proton 3S yang baharu ini, kami berikrar akan menyediaka­n jualan dan perkhidmat­an yang luar biasa dengan kemudahan tambahan untuk mengatasi perubahan teknologi dan keperluan khusus pelanggan kami,” kata Tan dalam ucapan alu-alukannya.

Beliau berkata, Kereta Mewah telah bersama Proton selama 32 tahun mengharung­i tahun-tahun yang mencabar.

“Kereta Mewah pertama kali memulakan perniagaan kereta Proton pada 1986 dan kami salah satu dalam kumpulan wakil sah Proton yang pertama di Sarawak dan wakil sah Proton yang pertama di Miri,” katanya.

“Dengan kerjasama Proton dan pengurusan baharu, kami yakin bahawa pembukaan pusat 3S ini akan membawa kita ke pencapaian yang lebih baik,” katanya.

Pusat Proton 3S baharu menduduki bangunan dua tingkat yang meliputi kawasan lantai seluas 20,000 kaki persegi.

Menurut Tan, ia mengambil masa satu setengah bulan dengan kos RM700,000 untuk menyediaka­n bilik pameran dan pusat servis ini, yang kini merupakan pusat sehenti untuk para pemilik Proton.

Pusat servis kereta kini beroperasi sepenuhnya dan bilik pameran mempamerka­n pelbagai model Proton yang terkini.

Terdapat pelbagai kemudahan perkhidmat­an pelanggan yang termasuk ruang bersantai.

Satu lagi kemudahan yang unik ialah pusat 3S itu juga mempunyai bilik karaoke di tingkat pertama.

Pada majlis pembukaan rasmi semalam, Kereta Mewah menerima dua tempahan untuk Proton X70, kenderaan utiliti sukan pertama (SUV) Proton yang dijangka dilancarka­n pada minggu ketiga November ini.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Shamsul (dua kiri) memegang produk kenaf biokomposi­t ketika membuat lawatan pada Majlis Perasmian Persidanga­n Kebangsaan Industri Kenaf 2018 , semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Shamsul (dua kiri) memegang produk kenaf biokomposi­t ketika membuat lawatan pada Majlis Perasmian Persidanga­n Kebangsaan Industri Kenaf 2018 , semalam.
 ??  ?? PILIHAN TERBAIK: Tan (kanan) menyampaik­an hadiah kepada seorang pelanggan (tengah) yang baharu sahaja menempah Proton X70, sambil disaksikan oleh Dr Ho Tuck Sum (kiri).
PILIHAN TERBAIK: Tan (kanan) menyampaik­an hadiah kepada seorang pelanggan (tengah) yang baharu sahaja menempah Proton X70, sambil disaksikan oleh Dr Ho Tuck Sum (kiri).
 ??  ?? SERBA LENGKAP: Pusat 3S Proton yang dikendalik­an Kereta Mewah Sdn Bhd di Lutong, Miri.
SERBA LENGKAP: Pusat 3S Proton yang dikendalik­an Kereta Mewah Sdn Bhd di Lutong, Miri.
 ??  ?? LUAS: Ruang legar pusat Proton 3S yang baharu.
LUAS: Ruang legar pusat Proton 3S yang baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia