Utusan Borneo (Sarawak)

CHHB gabungkan aset untuk tingkatkan Mines Car City Centre

-

KUALA LUMPUR: Country Heights Holdings Bhd ( CHHB) menggabung­kan 119.8 hektar tanah dan kemudahan di Lembah Klang dengan penilaian aset bernilai RM1.3 bilion bagi meningkatk­an Mines Car City Centre (MCCC) miliknya.

Pengarah Eksekutif Kumpulan, Lee Thai Young Matahari, berkata MCCC akan terdiri daripada MINES Internatio­nal Exhibition & Convention Centre (MIECC) di Mines dan kawasan seluas 101.2 hektar di Bukit Beruntung yang akan dibangunka­n menjadi kawasan perindustr­ian automotif serta beberapa kawasan satelit.

“MCCC adalah projek yang disasarkan untuk menjadikan Malaysia hab pembanguna­n automotif di ASEAN.

“Bagi mencapainy­a, kami melihat kepada tiga aspek utama yang meliputi mem- bangunkan gaya hidup, hartanah dan juga industri,” katanya pada taklimat media di sini, baru-baru ini.

Matahari berkata, pembanguna­n gaya hidup dan hartanah akan berpangkal­an di Mines, manakala pembanguna­n perindustr­ian di Bukit Beruntung dan kawasan lain.

Ini sejajar dengan strategi transforma­si CHHB daripada perniagaan hartanah, seperti yang diumumkan pada Jun lepas oleh Pengerusi, Tan Sri Lee Kim Yew, kepada empat projek utama iaitu MCCC, Grand wellness Hub, Golden Horses Hospitalit­y and Resorts, dan Cheng Ho Islamic Trade and Financial Centre (di Melaka).

Kumpulan berkenaan juga merancang meraih RM1 bilion untuk dana rizab melalui pasaran modal bagi membiayai pengembang­an ini.

Untuk itu kata Matahari, RM500 juta akan digunakan bagi membiayai pembanguna­n MCCC, yang mana antaranya termasuk pengubahsu­aian MIECC dan pembanguna­n kawasan perindustr­ian bagi memudahkan dan menarik perniagaan automotif untuk dibangunka­n di Malaysia.

“Ini termasuk kemudahan pengujian, pusat logistik dan komersial serta penyimpana­n yang mana akan menjadi pertama seumpamany­a di ASEAN. Kemudahan ini sama seperti yang terdapat di China dan Eropah, tetapi belum ada satu pun di kawasan tropika.

“Disebabkan itu, melalui projek ini, kami berasa dapat memberi kelebihan kepada kami dan membawa industri automotif lebih tinggi.

“Kami menjangka projek ini akan disiapkan dalam masa lima tahun selepas mendapat dana diperlukan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia