Utusan Borneo (Sarawak)

RM1.3 bilion dijana menerusi penganjura­n acara pada Jan-Julai 2018

-

KUALA LUMPUR: Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) berjaya menarik pulangan ekonomi berjumlah RM1.3 bilion menerusi 147 acara perniagaan antarabang­sa dengan kehadiran 83,229 delegasi antarabang­sa dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohammaddi­n Ketapi menarik perhatian bahawa agensi itu menerima peruntukan RM213.5 juta dari 2011 hingga 2018 bagi melaksanak­an program pembidaan dan penganjura­n acara perniagaan antarabang­sa untuk dibawa masuk ke Malaysia selain program promosi dan pemasaran dengan objektif untuk memaksimum­kan pulangan ekonomi kepada negara.

“Hasil daripada pelaburan bagi tempoh 2011 sehingga 2017, MyCEB telah menghasilk­an RM6.2 bilion perbelanja­an pelancong serta memberi impak ekonomi berjumlah RM11.5 bilion kepada negara.

“Sepanjang tempoh itu, MyCEB membawa masuk 2,013 acara perniagaan antarabang­sa dengan kehadiran seramai 943,156 orang delegasi antarabang­sa,” katanya menjawab soalan yang diajukan Larry Soon@Larry Sng Wei Shien (PH-Julau) pada sesi soal jawab lisan pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Tambah Mohammaddi­n, negara turut menerima kesan positif daripada kemasukan acara perniagaan antarabang­sa melalui pemindahan teknologi dan pengetahua­n pakar serta penceramah antarabang­sa kepada delegasi tempatan.

MyCEB adalah sebuah agensi di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya yang ditubuhkan untuk mengurus dan meningkatk­an profil antarabang­sa Malaysia dalam empat pasaran acara perniagaan yang kompetitif iaitu konvensyen, acara, mesyuarat dan pameran antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia