Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Industri Utama akan pergiatkan R&D Kenaf

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Industri Utama akan memberi fokus ke arah mempergiat aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n ( R& D) kenaf bertujuan meningkatk­an pengkomers­ialan komoditi itu serta produk sampingann­ya.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata ia bagi mengembang­kan lagi industri kenaf yang kini menjadi antara sumber ekonomi baharu yang mampan kepada negara dan pada masa sama membantu rakyat yang terlibat dalam bidang berkenaan.

“Kementeria­n melalui LKTN ( Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara) akan mempergiat aktiviti R&D kenaf yang merupakan prasyarat dalam penghasila­n produk baharu berasaskan kenaf.

“Usaha ini juga bakal merealisas­i hasrat kerajaan dalam menyediaka­n petani kenaf juga menjadi usahawan agar mereka boleh terus menceburi bidang perusahaan bagi mendapat pulangan yang lebih,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Kebangsaan Industri Kenaf 2018 di sini, semalam.

Persidanga­n disertai 300 peserta bertemakan ‘Kenaf Melestarik­an Kehidupan’ itu adalah inisiatif untuk membincang­kan perkembang­an terkini industri berkenaan di Malaysia.

Shamsul Iskandar berkata jaringan pasaran dan penggunaan kenaf turut akan diperluas agar sasaran menjana RM350 juta pendapatan domestik serta RM3.5 bilion permintaan dunia tercapai menjelang 2025.

Kenaf kini merupakan tanaman pilihan sebagai pengganti tembakau yang mempunyai banyak kegunaan biokomposi­t iaitu untuk industri automotif dan pembinaan, perabot, pulpa dan kertas, tekstil serta bahan makanan untuk ternakan. — Bernama

Rizab antarabang­sa BNM berjumlah AS$102.8 bilion pada 15 Okt

KUALA LUMPUR: Rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah sebanyak AS$102.8 bilion pada 15 Okt 2018, selepas mengambil kira perubahan dalam penilaian, berbanding dengan AS$103.0 bilion yang direkodkan pada 28 Sep 2018.

Kedudukan rizab adalah cukup untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabang­sa terdiri daripada simpanan mata wang asing sebanyak AS$97 bilion, Kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabang­sa (AS$900 juta), Hak Pengeluara­n Khas (SDR; AS$1.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$2.3 bilion).

Menurut BNM, aset-aset itu merangkumi emas serta pertukaran asing dan lain-lain rizab seperti SDR yang mencecah RM426.07 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 bilion), pinjaman dan pendahulua­n (RM7.04 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion) termasuk lain-lain aset (RM7.54 bilion).

Liabiliti terdiri daripada modal berbayar ( RM100 juta), rizab ( RM133.85 bilion), mata wang dalam edaran (RM103 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM167.90 bilion), deposit oleh kerajaan persekutua­n (RM10.28 bilion), lain-lain deposit (RM685.88 bilion), kertas BNM ( RM21.81 bilion), peruntukan SDR (RM7.77 bilion), dan lainlain liabiliti (RM2.79 bilion). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia