Utusan Borneo (Sarawak)

Keusahawan­an sosial bantu rapatkan jurang pendapatan

-

KUALA LUMPUR: Keusahawan­an sosial (Social Entreprene­urship) berperanan membantu merapatkan jurang pendapatan di antara golongan kaya dan miskin di bandar dan di luar bandar, kata Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Tun Musa Hitam.

Beliau berkata para usahawan sosial tidak seharusnya mengharapk­an bantuan kerajaan, mereka boleh bekerjasam­a dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanak­an projek yang akan memberi manfaat kepada masyarakat terutamany­a golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

“Keusahawan­an sosial mampu menyelesai­kan masalah sosial dan seterusnya ia dapat mengurangk­an jurang pendapatan rakyat Malaysia kerana kemiskinan antara penyumbang kepada masalah sosial… ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana ia memerlukan semangat kesukarela­wan yang tinggi kerana tiada insentif disediakan dalam bidang ini (keusahawan­an sosial),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama pada Forum Keusahawan­an Sosial – ‘Social Enterprise: Empowering the Future’ anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan WIEF dengan kerjasama Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia ( UIAM) di sini semalam.

Forum itu dirasmikan Timbalan Rektor UIAM (Akademik dan Jaringan Industri) Prof Dr Isarji Sarudin dan Pengarah AKEPT Prof Datuk Dr Rohana Yusof.

Forum, yang berlangsun­g selama dua hari sehingga hari ini itu disertai 37 pakar dari 11 negara, itu memfokuska­n kepada dialog dalam sektor keusahawan­an sosial dan kesannya terhadap ekonomi dunia semasa selain bertujuan mengukuhka­n jaringan antara industri dan universiti.

Musa berkata apabila sesebuah organisasi melaksanak­an keusahawan­an sosial maka sebahagian daripada keuntungan­nya akan disalurkan kepada masyarakat dalam pelbagai kaedah antaranya pendidikan, perkongsia­n pengetahua­n dan kemahiran.

Pada masa sama, ia akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak pada masa hadapan, katanya.

“Berdasarka­n tinjauan dalam talian yang dijalankan Yayasan Thomson Reuters pada 2016, Malaysia menduduki tempat kesembilan sebagai lokasi terbaik bagi usahawan sosial, (ini) meletakkan Malaysia dalam kedudukan tidak jauh dari Amerika Syarikat yang menduduki tempat pertama, Kanada (tempat kedua) dan United Kingdom (tempat ketiga),” kata Musa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia