Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada peraturan agensi perlu lapor kepada kementeria­n Junz Wong untuk lupuskan bot

-

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) memandang serius dan kecewa berhubung kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong mengenai proses pelupusan bot tahanan Vietnam menerusi media massa, kelmarin.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Sabah Kaptem Maritim Asmawati Mohd Tujeri berkata, setakat ini tiada peraturan yang memerlukan agensi itu melaporkan kepada Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah untuk tindakan pelupusan bot yang dilucut hak.

“Bot-bot yang ditahan akan disita, disiasat dan didakwa di mahkamah. Jika didapati bersalah dan dilucut hak kepada kerajaan Malaysia oleh mahkamah, Maritim Malaysia akan melupuskan bot-bot ini mengikut tatacara berpanduka­n 1Pekelilin­g Perbendaha­raan – Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan AM 2.7 Pelupusan.

“Secara amnya, terdapat tujuh kaedah pelupusan yang telah digariskan. Setakat ini tiada peraturan yang memerlukan agensi melaporkan kepada Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan akan tindakan pelupusan bot yang dilucut hak,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong yang mendakwa APMM melupuskan dua bot nelayan Vietnam secara diam-diam.

Mengulas lanjut perkara itu, Asmawati menjelaska­n bahawa proses pelupusan dua bot nelayan Vietnam seperti yang dilaporkan adalah mematuhi pekeliling perbendaha­raan iaitu dilupuskan dengan menenggela­mkannya untuk dijadikan tukun tiruan.

Katanya bot nelayan asing yang dilucut hak adalah tidak dibenarkan sama sekali digunakan semula dan perlu dimusnahka­n secara potong, tanam, atau ditenggela­mkan dan dua bot nelayan berkenaan telah dilupuskan dengan cara kos sifar oleh dua syarikat tempatan berpangkal­an di Kudat yang dilantik APMM.

Katanya, APMM di seluruh Malaysia telah menggunaka­n kaedah pelupusan berkenaan sekian lama dan kerja pembersiha­n bot dan pelupusan yang dilaksanak­an tidak melibatkan sebarang wang kerajaan sebaliknya ditanggung sepenuhnya oleh syarikat yang dilantik.

Menurutnya melalui pendekatan yang digunakan agensi itu, pihak APMM telah dapat menjimatka­n sejumlah besar wang kerajaan yang perlu diperuntuk­kan untuk melaksanak­an kerja-kerja pelupusan bot-bot tersebut.

“Agensi tidak menawarkan sebarang sebut harga bagi pelupusan ini kerana ia tidak melibatkan sebarang nilai kepada kerajaan. Agensi ingin menegaskan bahawa tidak timbul isu pelupusan bot dilakukan secara diam- diam dengan tiada proses sebut harga dilaksanak­an seperti yang digembar-gemburkan dalam media,” katanya.

Asmawati juga berkata proses penenggela­man bot berkenaan dilaksanak­an di perairan Kudat setelah segala prosedur dipatuhi serta mendapat kelulusan daripada agensi dan jabatan kerajaan yang lain seperti Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

Menurutnya proses penenggela­man bot berkenaan dilaksanak­an dengan disaksikan oleh pegawai yang dilantik daripada APMM sendiri dengan melengkapk­an Sijil Pelupusan (KEW.PA-23) dan Sijil Penyaksian Pemusnahan (KEW.PA 22) bagi diserahkan kepada ibu pejabat untuk direkod dan dimaklumka­n kepada Perbendaha­raan. — Bernama SANDAKAN: Tindakan seorang wanita berusia 39 tahun membuat laporan polis palsu bagi mengelak membayar denda permohonan penggantia­n kad pengenalan hilang di Jabatan Pendaftara­n Negara menyebabka­n dia ditangkap.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata wanita itu ditahan kelmarin selepas siasatan terperinci dijalankan terhadap laporan polis yang dibuat bahawa beg tangannya diragut oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal tidak berlaku.

Katanya, wanita rakyat tempatan dalam laporan palsu dibuatnya mendakwa kejadian itu berlaku pada hari yang sama kira-kira jam 5.30 pagi di Perhentian Bas, Batu 2, Jalan Utara dekat sini.

Berikutan laporan itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, katanya di sini, semalam.

Beliau mengingatk­an orang ramai supaya tidak membuat laporan polis palsu kerana jika didapati laporan yang dibuat adalah tidak benar maka seseorang itu boleh ditangkap dan didakwa.

Menurutnya kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-dua sekali, kata di sini, hari ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PROTES: Sebahagian daripada 1,200 nelayan mengadakan demontrasi aman membantah pemotongan subsidi dan bantahan terhadap Ko-Nelayan pada majlis penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan semalam.
— Gambar Bernama PROTES: Sebahagian daripada 1,200 nelayan mengadakan demontrasi aman membantah pemotongan subsidi dan bantahan terhadap Ko-Nelayan pada majlis penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia