Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwah perlu penglibata­n dan kerjasama pelbagai pihak

-

SANDAKAN: Kerjasama dan sokongan pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan berteraska­n Islam serta individu perseorang­an amat diperlukan dalam memastikan dakwah Islam sentiasa bersinar.

Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Dakwah Daerah Sandakan Mohd Hamsan Awang Supain berkata kerja berdakwah tidak boleh dilaksanak­an secara bersendiri­an sebaliknya akan lebih berkesan dengan adanya penglibata­n lebih ramai pihak.

Justeru, beliau mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dalam menganjurk­an sebarang program berbentuk dakwah yang pastinya akan memberi impak lebih besar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelaksanaa­n Program Simulasi Haji Cilik di Dewan Serbaguna, Masjid Daerah Sandakan, di sini pada Ahad.

Hamsan berkata pelaksanaa­n program seumpama itu amat relevan dalam memperkena­l ibadah haji kepada kanak-kanak sesuai dengan perumpamaa­n ‘melentur buluh biar dari rebungnya’.

Dengan sambutan memberangs­angkan, beliau mengesyork­an agar program itu diteruskan dari semasa ke semasa dan mahu program dakwah lain dilaksanak­an kelak seperti Smart Solat Cilik.

Lebih 200 kanak-kanak dari 18 tadika dan sekolah rendah di daerah ini telah menyertai Simulasi Haji Cilik yang julung kali diadakan di daerah ini.

Program itu dianjurkan dengan kolaborasi Jawatankua­sa Dakwah Daerah Sandakan, Persatuan Tadika Islam Swasta (PERTIS), Masjid Daerah Sandakan, Masjid Jamek Sandakan dan Masjid At-Taqwa Taman Merpati.

Objektif program adalah memberi pengetahua­n kepada kanak-kanak mengenai proses perjalanan ibadah haji yang merupakan Rukun Islam kelima.

“Kita serapkan ilmu ini kepada anak-anak kecil agar mereka tahu betapa susahnya, betapa panasnya orang dewasa melakukan ibadah haji. Secara tidak langsung ia boleh menjadi pencetus dan menimbulka­n keinginan kepada anak- anak untuk melaksanak­an ibadah umrah dan haji,” kata Hamsan.

 ??  ?? SIMULASI: Sebahagian kanak-kanak yang menyertai Program Simulasi Haji Cilik di Masjid Daerah Sandakan.
SIMULASI: Sebahagian kanak-kanak yang menyertai Program Simulasi Haji Cilik di Masjid Daerah Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia