Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu van maut selepas bertembung dengan kereta

Mangsa meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan

- Oleh Jeremy Lanson

KOTA SAMARAHAN: Seorang pemandu van disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS) selepas terlibat kemalangan di Jalan Uni-Garden, di sini kelmarin.

Mangsa Hiew Shee Khiong berusia 73 tahun dan semasa kejadian dikatakan bersama dua penumpangn­ya dipercayai dalam perjalanan pulang apabila dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah bertentang­an sekitar jam 2.50 petang kelmarin (Isnin).

Impak rempuhan tersebut menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan parah dan kemudian dikejarkan ke PJHUS untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

“Bagaimanap­un, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam (hari kejadian) dan mayatnya kemudian dirujuk ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” kata sumber.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik ( JSPT) Sarawak Superin- tenden Alexson Naga Chabu berkata, hasil siasatan mendapati remaja lelaki yang merempuh van mangsa juga didapati tidak memiliki lesen memandu.

“Remaja tersebut semasa kejadian bersama seorang penumpang dalam perjalanan dari Kampung Merdang Gayam menghala ke Bandar Riyal apabila dikatakan hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah kereta yang tibatiba memasuki laluannya.

“Susulan itu, dia dikatakan memberhent­ikan keretanya serta-merta menyebabka­n dia hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentang­an dan merempuh van yang dipandu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Remaja tersebut bersama penumpangn­ya bagaimanap­un hanya mengalami kecederaan ringan.

Alexson memberitah­u, siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Remaja tersebut semasa kejadian bersama seorang penumpang dalam perjalanan dari Kampung Merdang Gayam menghala ke Bandar Riyal apabila dikatakan hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah kereta yang tiba-tiba memasuki laluannya. Superinten­den Alexson Naga Chabu Ketua JSPT Sarawak

 ??  ?? ROSAK:Keadaan van mangsa yang remuk di bahagian hadapan selepas dirempuh.
ROSAK:Keadaan van mangsa yang remuk di bahagian hadapan selepas dirempuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia