Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai diminta berhati-hati dengan panggilan ‘scammer’

-

SEREMBAN: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan sesekali meminta butiran peribadi terutamany­a nombor kad pengenalan diri melalui panggilan telefon.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim berkata, orang ramai perlu lebih berwaspada sekiranya menerima panggilan telefon dari pihak yang mendakwa dari badan penguat kuasa atau wakil, dan meminta orang awam memberikan maklumat peribadi.

“Ada orang awam yang datang kepada pihak SPRM mengatakan kita ada memanggil mereka, tetapi sebenarnya tiada, dan mereka ni dipanggil melalui telefon.

“Jika ada mangsa yang mendapat panggilan telefon dipercayai daripada ‘ scammer’ yang meminta nombor kad pengenalan, segera lapor ke pihak polis kerana kita takut nombor kad pengenalan yang diberikan kepada scammer akan digunakan pihak tidak bertanggun­gjawab untuk kepentinga­n mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah SPRM Negeri Sembilan, di sini semalam.

Majlis itu disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pengurusan dan Profesiona­lisme) SPRM Datuk Ja’afar Mahad.

Hairuzam sebelum ini men-

Jika ada mangsa yang mendapat panggilan telefon dipercayai daripada ‘scammer’ yang meminta nombor kad pengenalan, segera lapor ke pihak polis kerana kita takut nombor kad pengenalan yang diberikan kepada scammer akan digunakan pihak tidak bertanggun­gjawab

mereka. ” untuk kepentinga­n Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim Pengarah SPRM Negeri Sembilan

jawat jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Selangor manakala bekas penyandang pengarah SPRM negeri, Ramli Ismail kini bertugas sebagai Pengarah SPRM Kelantan.

Hairuzam berkata, jika ter- dapat sebarang kemusykila­n orang awam diminta datang ke pejabat SPRM terdekat untuk mendapatka­n pengesahan.

Sementara itu, Hairuzam berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan politik wang dalam Pemilihan PKR 2018 di negeri ini Sabtu lepas.

Dalam perkembang­an lain, bagi sembilan bulan pertama tahun ini, SPRM negeri telah menerima 203 maklumat dari pelbagai sumber dan daripada jumlah itu 24 kertas siasatan telah dibuka serta 38 tangkapan telah dibuat.

Pada tempoh yang sama, seramai sembilan orang juga telah dituduh di mahkamah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Raja Shahrom (dua kiri) bersama sebahagian anggota dan pegawai polis yang menerima sijil penghargaa­n pada Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Raja Shahrom (dua kiri) bersama sebahagian anggota dan pegawai polis yang menerima sijil penghargaa­n pada Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Melaka, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Jaafar (tengah) menyaksika­n Penyerahan Tongkat Kuasa pada Majlis Serah Terima Tugas antara Ramli (kanan) kepada Hairuzam di Seremban, semalam.
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Jaafar (tengah) menyaksika­n Penyerahan Tongkat Kuasa pada Majlis Serah Terima Tugas antara Ramli (kanan) kepada Hairuzam di Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia