Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan baharu fokus pendidikan kemahiran

-

KENINGAU: Kerajaan baharu diterajui Parti Warisan Sabah akan memberi fokus kepada pembanguna­n pendidikan kemahiran dan latihan berteknolo­gi tinggi yang relevan dengan pasaran kerjaya, kata Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Sabah Rasinin Kautis.

Justeru katanya keputusan kerajaan mewujudkan kementeria­n khas iaitu Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi di negeri ini adalah tepat yang bagi meningkatk­an kemudahan serta prasarana institutin­stitut pendidikan sedia ada di Sabah.

“Tumpuan kita sangat jelas untuk pembanguna­n pendidikan di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Pro- gram Jelajah Pendidikan Luar Bandar Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Sabah 2018 yang turut dihadiri Pengarah MARA Sabah Suhaimi Zainuddin, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Keningau Masly Wahip di sini, semalam.

Seramai 250 pelajar daripada 10 buah sekolah menengah di seluruh daerah Keningau menghadiri program itu.

Rasinin berkata, kerajaan komited untuk membantu institùt-institut latihan vokasional dan kemahiran sedia ada untuk melahirkan tenaga kerja mahir di kalangan golongan muda bagi memenuhi permintaan tenaga mahir dari pihak industri.

Mengenai program itu Rasinin berkata, MARA sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmat­an yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

“Agensi itu (MARA) mempunyai kakitangan yang komited, jujur dan pintar. MARA juga sentiasa mencari ruang untuk menambah skim baharu dan memperbaik­i skim sedia ada,” katanya.

Rasinin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Liawan berkata, MARA sentiasa berusaha memastikan bumiputera mendapat peluang untuk terus berjaya dalam sektor keusahawan­an, pendidikan dan pelaburan.

Justeru beliau mahu rakyat supaya sensitif dan mengambil peluang dengan peluang-peluang yang disediakan oleh agensi berkenaan. — Bernama

 ??  ?? TUNGGU PENYELESAI­AN: Penduduk Kampung Ahuron bergambar bersama Jamawi selepas wakil rakyat itu mengadakan lawatan kerja ke kampung berkenaan yang turut dihadiri oleh Rainus.
TUNGGU PENYELESAI­AN: Penduduk Kampung Ahuron bergambar bersama Jamawi selepas wakil rakyat itu mengadakan lawatan kerja ke kampung berkenaan yang turut dihadiri oleh Rainus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia