Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pertimbang tubuh lembaga industri burung walit

-

KOTA KINABALU: Menteri Pertaniand­anIndustri­Makanan Datuk Junz Wong berjanji akan mempertimb­angkan cadangan penubuhan lembaga perindustr­ian bagi sarang burung walit di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membawa cadangan itu bagi mengkaji Enakmen Hidupan Liar 1997 ke peringkat kerajaan negeri untuk mengelak pelanggara­n bidang kuasa dalam aspek spesies burung walit.

Menurutnya, kedua-dua cadangan diutarakan Persatuan Pemilik Rumah dan Industri Sarang Burung Walit Sabah ( SWIFIN) itu akan diberi keutamaan kerana mampu membawa manfaat besar terhadap ekonomi rakyat.

“Kita akan pertimbang­kan cadangan Presiden SWIFIN Datuk Karim Bujang kerana memahami situasi yang berlaku dalam industri berpotensi ini yang memerlukan beberapa perubahan drastik.

“Tumpuan sama diberikan terhadap usaha mewujudkan produk hiliran lainnya seperti pembuatan produk kosmetik, makanan kesihatan serta banyak lagi produk berasaskan sarang burung walit di negeri ini.

“Malah, kita sebagai kerajaan baharu ketika ini berusaha memastikan bidang kuasa berkaitan komoditi ini diurus sepenuhnya Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sabah (JPVS) tanpa perlu melalui JPV di peringkat persekutua­n sebagaiman­a sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Taklimat Sarang Burung Walit Bersama Persatuan Sarang Burung Walit Sabah anjuran JPVS dengan kerjasama SWIFIN, di sini.

Kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli beberapa persatuan dan pengusaha sarang burung walit di seluruh Sabah menyertai program itu.

Sementara itu, Karim ketika ditemui berkata SWIFIN sedia bekerjasam­a dengan kerajaan negeri sekiranya kedua-dua cadangan itu direalisas­ikan supaya industri berimpak tinggi berkenaan dapat diperluask­an.

Katanya, penubuhan lembaga perindustr­ian sarang burung walit mampu memudahkan sebarang penyaluran peruntukan kerajaan bagi memperkasa industri berkenaan termasuk pengurusan lebih efektif.

“Justeru, kami semua berharap kedua-dua cadangan ini dapat direalisas­ikan memandangk­an potensi industri sarang burung walit di Sabah amat besar dan mendapat permintaan tinggi pasaran dunia,” katanya.

 ??  ?? INDUSTRI WALIT: Junz (empat kiri) dan Karim (kanan) menunjukka­n isyarat ‘bagus’ ketika melawat ke salah sebuah tapak pameran.
INDUSTRI WALIT: Junz (empat kiri) dan Karim (kanan) menunjukka­n isyarat ‘bagus’ ketika melawat ke salah sebuah tapak pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia