Utusan Borneo (Sarawak)

‘STRONGMAN’ DIJANGKA JADI ACARA UTAMA PESTA LADA JULAU•

- Oleh Michael Ubam

PESTA Lada Julau 2018 yang baharu menutup tirai pada Ahad lalu menyaksika­n acara yang baharu diperkenal­kan iaitu pertanding­an ‘Strongman’ (Orang Kuat) mencuri tumpuan para pengunjung.

Bersempena dengan pesta yang dianjurkan mulai 12 hingga 21 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah Julau turut mengadakan acara sukan lasak tersebut yang menguji kekuatan peserta dalam pelbagai acara yang berbeza.

Sesetengah daripada disiplin sukan ini agak serupa dengan disiplin sukan angkat berat yang sering menyaksika­n para peserta yang berbadan sasa atau ahli angkat berat menyertai pertanding­an ini.

Hanya 10 peserta dari Sarikei, Bintangor dan Julau menyertai pertanding­an orang kuat tersebut yang diadakan di hadapan pentas utama Pesta Lada 2018 pada 14 0kt lalu.

Namun, Ketua Polis Daerah Julau DSP Bidol Noyeng berpendapa­t acara sukan lasak ini perlu dipromosik­an lebih awal dan meluas lagi terutamany­a pada Pesta Lada Julau tahun depan.

Katanya, acara Strongman mampu dijadikan sebagai satu acara utama Pesta Lada akan datang berdasarka­n daya tarikan dan sambutan penonton tahun ini.

“Sukan ini dijangka akan dapat sambutan dan lebih ramai penyertaan tahun depan dengan adanya pro- mosi yang lebih awal dan meluas,” katanya kepada Utusan Borneo baru-baru ini.

Jika boleh, katanya acara Strongman perlu dikekalkan sebagai acara utama yang akan menjadi daya tarikan pesta lada seterusnya.

Katanya, acara orang kuat juga menguji ketahanan fizikal hingga ke tahap yang tidak terdapat dalam latihan angkat berat atau lain-lain sukan berasaskan kekuatan.

“Pertanding­an yang direka untuk menguji kekuatan peserta ini mempunyai sejarah yang panjang. Diadakan sejak beberapa abad sebelum pertanding­an orang kuat mula dipaparkan di kaca televisyen pada 1970-an,” ujar beliau.

Pada pertanding­an Strongman tersebut, Marcus Enggai yang merupakan seorang guru dari Sarikei dinobatkan sebagai juara keseluruha­n berdasarka­n prestasi purata dalam lima kategori yang dipertandi­ngkan iaitu acara ‘Flip Tyre’ (menterbali­kkan tayar), Angkat Tiang Lada, Angkat Van, ‘Atlas Stone’ dan Acara Misteri.

Bagi acara Flip Tyre, semua peserta terlibat perlu menterbali­kkan tayar seberat 350kg dan memikul tiang lada seberat 280kg sambil berjalan pada jarak 10 meter dengan kiraan masa terpantas.

Dalam kategori ketiga, peserta perlu mengangkat tiga ketul batu bulat (Atlas Stone) masing-masing seberat 75kg, 110kg dan 138kg.

Bagi kategori keempat, peserta perlu mengangkat van (statik) dengan beratnya, tiga tan.

Dalam kategori misteri, para finalis perlu mengangkat lapan bungkah simen denganbber­at 25kg, 40kg dan 50kg pada jarak 1.5 meter.

Marcus, dinobatkan sebagai ‘Orang Kuat Julau’ selepas mengalahka­n sembilan peserta lain dengan memenangi acara mengangkat batu bulat dan mengunggul­i kategori misteri.

Antara pemenang kategori lain ialah Kadir Maney (Flip Tyre), Wong Siew Hong (angkat tiang lada) dan Daniel Dagang (mengangkat van).

Mereka pulang dengan hadiah wang tunai, sijil serta trofi masing-masing.

Hadiah-hadiah telah disampaika­n oleh Bidol dan antara yang turut hadir menyaksika­n pertanding­an itu ialah Ketua Zon Tengah Majlis Sukan Negeri Sarawak (Bahagian Sibu), Gloria James dan penaja pertanding­an, ASP Ricky Poh.

 ??  ??
 ??  ?? MENCABAR: Seorang peserta tenang dan memberi fokus sepenuhnya mengangkat batu bulat.
MENCABAR: Seorang peserta tenang dan memberi fokus sepenuhnya mengangkat batu bulat.
 ??  ?? AKSI HEBAT: Marcus mengunggul­i kategori Flip Tyre.
AKSI HEBAT: Marcus mengunggul­i kategori Flip Tyre.
 ??  ?? BERAT JUGA: Bersempena dengan nama pesta, acara mengangkat tiang lada dijadikan sebagai salah satu kategori menarik.
BERAT JUGA: Bersempena dengan nama pesta, acara mengangkat tiang lada dijadikan sebagai salah satu kategori menarik.
 ??  ?? TAYAR GERGASI: Seorang peserta mempamerka­n teknik menterbali­kkan tayar seberat 350kg.
TAYAR GERGASI: Seorang peserta mempamerka­n teknik menterbali­kkan tayar seberat 350kg.
 ??  ?? BERPELUH: Salah seorang peserta beraksi mengangkat batu bulat.
BERPELUH: Salah seorang peserta beraksi mengangkat batu bulat.
 ??  ?? TARIK NAFAS: Seorang peserta cuba mengangkat bongkah batu.
TARIK NAFAS: Seorang peserta cuba mengangkat bongkah batu.
 ??  ?? MENARIK: Ricky Poh (enam kanan) merakam kenangan bersama para peserta.
MENARIK: Ricky Poh (enam kanan) merakam kenangan bersama para peserta.
 ??  ?? JOHAN KESELURUHA­N: Bidol menyampaik­an trofi kepada Marcus.
JOHAN KESELURUHA­N: Bidol menyampaik­an trofi kepada Marcus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia