Utusan Borneo (Sarawak)

BDEWC, Persero mahu teroka peluang dalam projek infrastruk­tur di Sarawak

-

KUCHING: Brooke Dockyard and Engineerin­g Works Corporatio­n Sarawak (BDEWC) semalam menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan PT Wijaya Karya (Persero) Tbk Republik Indonesia di Pusat Konvenyen dan Pameran Anatrabang­sa Indonesia.

MoUyangdta­ndatangani­bagi pihak BDEWC ialah Pengerusin­ya Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg manakala Persero diwakili Pengarah Operasinya Destiawan Soewarjono.

Hadir menyaksika­n majlis itu ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Pembanguna­n Perindusti­an dan Usahawan merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua.

Objektif MoU itu adalah untuk meneroka peluang perniagaan dalam projek pembanguna­n infrastruk­tur di Sarawak.

Persero dan BDEWC berhasrat memperoleh peluang perniagaan dalam projek-projek infrastruk­tur di Sarawak.

Brooke Dockyard terlibat secara aktif dalam minyak dan gas, modul luar pesisir, fabrikasi, infrastruk­tur awam (jambatan besi) dan kejurutera­an marin (pembaikan kapal dan industri pembinaan kapal di Sarawak).

Persero pula adalah syarikat terkemuka antarabang­sa yang tersenarai di pasaran saham utama dan pasaran saham majoriti yang dimiliki Kerajaan Indonesia.

Ia melibatkan diri dalam peyediaan perkhidmat­an pembinaan dan perniagaan­nya meliputi pembinaaan, mekanikal dan elektrik, industri, hartanah dan perlombong­an.

BDEWC adalah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan di bawah Ordinan Brooke Dockyard dan Perbadanan Kerja Kejurutera­an yang terletak di Dublot 47, 48 & 49, Blok A, Tingkat 1-3, Pusat Perdaganga­n Demak Laut Fasa Tiga, Jalan Bako, Petra Jaya.

Anggota delegasi yang diketuai Awang Tengah berada di ibu kota republik itu untuk menghadiri Pameran Ekspo Indonesia 2018 selama lima hari di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa yang dilancarka­n Presiden Joko Widodo semalam.

Hadir sama menyertai delegasi itu ialah Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh.

 ??  ?? KERJASAMA: Abang Johari dan Awang Tengah menyaksika­n pertukaran dokumen selepas menandatan­gani MoU antara Abang Abdul Karim dan Destiawan di Jakarta, Indonesia, semalam.
KERJASAMA: Abang Johari dan Awang Tengah menyaksika­n pertukaran dokumen selepas menandatan­gani MoU antara Abang Abdul Karim dan Destiawan di Jakarta, Indonesia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia