Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap bahagian di Sarawak dijangka punyai Bilik Darjah Abad Ke-21

-

KUCHING: Setiap bahagian di Sarawak dijangka mempunyai sebuah bilik kelas berkonsepk­an alaf baharu iaitu Bilik Darjah Abad Ke-21, yang bakal dimulakan tahun depan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, bilik darjah berkenaan pada peringkat pertamanya sebagai model atau contoh terlebih dahulu.

“Kementeria­n berharap kita dapat mempunyai satu Bilik Darjah Abad Ke-21 ini di satu bahagian untuk dilawati oleh yang lain dan melihat keadaan bilik kelas berkenaan sebelum mereka ikuti nanti.

“Bagi pemilihan sekolah, kita belum lagi mengenal pasti tetapi ia tidak sukar cuma kita mahu sekolah yang senang dilawati atau akses bagi memudahkan sekolah lain datang melawat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Transforma­si Pendidikan (iCET2018) yang dihadiri Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Sudarsono Osman di sini, semalam.

Tambah Manyin, bilik darjah ini akan dilengkapi meja segitiga yang berbeza dengan kelas biasa sedia ada dan kerusi selain dilengkapi gajet seperti komputer dengan dianggarka­n dalam 35 murid.

Daripada jumlah berkenaan kata Manyin, pelajar atau murid akan dibahagian kepada empat hingga enam kluster atau orang.

Beliau berkata, bilik darjah berkenaan itu untuk menggalakk­an penglibata­n kreativiti, pemikiran kritis serta pertanyaan daripada murid atau pelajar itu sendiri.

“Ia tidak seperti pendekatan atau kelas konvension­al sedia ada, di mana guru yang bertindak seperti ‘bos’ tetapi melalui pendekatan ini, guru bertindak sebagai fasilitato­r,” tegasnya.

Jelas Manyin usaha itu adalah selari dengan visi Kerajaan Sarawak ke arah ekonomi digital serta Revolusi Industri 4.0 di mana Sarawak perlu melompat daripada Industri 2.0 kepada 4.0.

Menurut beliau, idea menubuhkan kelas atau Bilik Darjah Abad Ke-21 itu adalah selepas melihat dan lawatan ke Finland dan Beijing, China yang menggunaka­n pendekatan itu.

“Namun bagi kita, ia mungkin bukan satu perkara mudah tetapi kita boleh melaksanak­an ia secara perlahan atau berperingk­at,” katanya.

Selain itu daripada itu antara institusi yang bakal menjadi projek perintis kepada bilik darjah berkenaan adalah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang.

Katanya beliau dimaklumka­n oleh pengarah IPG Batu Lintang terdapat satu ruang bagi tujuan penubuhan bilik darjah berkenaan.

“Bagi IPG Batu Lintang saya telah berjumpa dengan pengarah dan memaklumka­n ada ruang untuk memulakan kelas seumpama itu tetapi kita akan memperkena­lkan ia secara serentak di sekolah terpilih nanti.

“Cuma kini kita perlu melengkapk­an kemudahan kerusi meja dan mengagihka­n kepada sekolah berkaitan,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Manyin mewakili ketua menteri menyerahka­n replika sumbangan bernilai RM200,000 daripada Kerajaan Sarawak kepada Persatuan Alumni IPG Kampus Batu Lintang yang diwakili Pengerusin­ya Dr Rosana Awang Bolhassan (kanan) sambil disaksikan Sudarsono (kiri).
SUMBANGAN: Manyin mewakili ketua menteri menyerahka­n replika sumbangan bernilai RM200,000 daripada Kerajaan Sarawak kepada Persatuan Alumni IPG Kampus Batu Lintang yang diwakili Pengerusin­ya Dr Rosana Awang Bolhassan (kanan) sambil disaksikan Sudarsono (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia