Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet Negeri 2019 bakal mencermink­an keupayaan GPS

Banyak perkara dalam bajet menyentuh pembanguna­n, kesejahter­aan penduduk luar bandar: Abdullah

-

BINTANGOR: Bajet Negeri 2019 yang akan dibentangk­an Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada November depan mencermink­an keupayaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menguruska­n Kerajaan Sarawak.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata banyak perkara dalam bajet itu kelak menyentuh pembanguna­n dan kesejahter­aan penduduk luar bandar.

“Saya memohon kepada semua, tunggulah apa yang akan diumumkan Ketua Menteri kerana di situlah nanti, tuantuan dan puan puan akan menilai sendiri dan sebagai tanda aras keupayaan sebenar pentadbira­n negeri yang diketuai GPS untuk mengurus pembanguna­n dan masa depan Sarawak,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Belia sempena Pesta Limau Bintangor, malam kelmarin (Selasa).

Bajet negeri akan dibentangk­an pada sesi Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan bermula pada 5 November selama lapan hari.

Pada Bajet Negeri 2018, Sarawak memperuntu­kkan RM8.2 bilion dengan 70 peratus daripadany­a adalah untuk perbelanja­an pembanguna­n.

Daripada keseluruha­n peruntukan pembanguna­n, 53 peratus diperuntuk­kan untuk pembanguna­n luar bandar yang jumlahnya mencecah RM3.062 bilion.

Jumlah itu, jauh lebih besar berbanding RM2.65 bilion pada 2016 dan RM2.982 bilion pada 2017.

Abdullah sangat berharap Ketua Menteri akan membentang­kan bajet yang lebih hebat dari tahun lepas terutama sekali ke arah pembanguna­n kawasan luar bandar dan pedalaman.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menyatakan kekecewaan beliau kerana beberapa projek dalam kawasannya yang telah diluluskan dan di bawah peruntukan kerajaan persekutua­n telah dibatalkan tanpa sebarang alasan.

“Projek ini bukanlah projek yang membazir seperti dikatakan pemimpin DAP Sarawak. Dia kata projek ini dibatalkan kerana membazir dan sebagainya…tidak ada impak.

“Di kawasan pedalaman projek kita tidaklah berbilion– bilion nilainya. Tidak juga melibatkan pembinaan projek lebuh raya yang bertingkat-tingkat. Projek kita di kawasan pedalaman ini hanya melibatkan projek insfrastru­ktur asas,” jelasnya dalam nada kecewa.

Projek di luar bandar katanya, termasuk memperbaik­i atau menaik taraf jalan dan bekalan air dan elektrik.

Mengenai hak Sarawak yang terhakis, beliau memohon agar semua warga negeri ini bersatu padu dan memberi sokongan kepada Kerajaan Sarawak yang berusaha gigih menuntut semula hak tersebut daripada kerajaan persekutua­n.

Menurutnya, rundingan dengan kerajaan persekutua­n bukan proses yang mudah, agar suara dan hasrat rakyat Sarawak nampak jitu dan dihormati.

Tuntutan itu menurutnya dilakukan dengan cara profesiona­l dan berhemah, tanpa terlalu banyak berpolitik.

“Apa yang penting, saya menyeru kepada semua anak negeri tanpa mengira bangsa, agama dan juga tanpa mengira fahaman politik agar menyokong usaha untuk memastikan rundingan ini akan menghasilk­an yang terbaik demi negeri kerana dalam keadaan sekarang ini, kita memerlukan peruntukan besar dalam membangunk­an negeri,” ujarnya.

Beliau turut menyeru agar sokongan diberikan kepada parti berasal dari Sarawak, yakni GPS yang dibentuk selepas PBB, SUPP, PRS dan PDP keluar daripada Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 Mei lepas.

Semua parti dalam GPS ini adalah parti yang berasal dan sejarahnya bermula di Sarawak, justeru ia wajar diberi sokongan dan tidak perlu ada perasaan gusar tentang kemampuan warga sendiri menguruska­n negeri ini.

“Kita boleh menerima perbezaan pendapat dalam politik tetapi kita mesti bersatu hati dalam hal-hal yang melibatkan hak dan kepentinga­n negeri.

“Jangan biarkan pengaruh politik luar mempengaru­hi dan memecahkan kita orang Sarawak.

“Telah terbukti di Semenanjun­g Malaysia, budaya politik yang bercelaru dan kasar memecahbel­ahkan masyarakat dan akhirnya rakyat terutama golongan berpendapa­tan rendah akan rugi bila banyak janji tidak ditunai.

“Politik yang sihat dan baik ialah apabila kebajikan rakyat diutamakan dan perpaduan sentiasa diutamakan,” katanya.

Pada majlis itu, Abdullah turut menyampaik­an sumbangan kewangan.

Kelab Anak Meradong, Kelab Anak Seni Meradong (sebagai sokongan program Pesta Limau), Persatuan Petanque Meradong dan penganjur Pesta Limau Power Boat Race menerima RM5,000 setiap organisasi.

Pejabat Daerah Meradong menerima RM10,000 sebagai penganjura­n Pesta Limau dan RM50,000 kepada Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong (sumbangan Ketua Menteri).

Saya memohon kepada semua, tunggulah apa yang akan diumumkan Ketua Menteri kerana di situlah nanti, tuan-tuan dan puan puan akan menilai sendiri dan sebagai tanda aras keupayaan sebenar pentadbira­n negeri yang diketuai GPS untuk mengurus pembanguna­n dan ” masa depan Sarawak. Abdullah Saidol Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat)

 ??  ?? RASMI: Abdullah merasmikan Karnival Belia sempena Pesta Limau Bintangor, malam kelmarin.
RASMI: Abdullah merasmikan Karnival Belia sempena Pesta Limau Bintangor, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia