Utusan Borneo (Sarawak)

Ceramah tentang Nabi Muhammad pada 1 November

-

KUCHING: Satu Ceramah Umum bertajuk ‘Muhammad SWT Sebagai Model Terbaik Untuk Semua’ akan diadakan di Galeri Pustaka Negeri Sarawak di sini pada 1 November depan dari jam 3 hingga 5 petang.

Ceramah itu diadakan sempena siri lawatan Shaykh Imran Angullia Al-Hafidz ke Kuching, Sarawak dari 1 hingga 4 November.

Program itu merupakan kerjasama antara Kerajaan Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak, Majlis Dakwah Suraj, MDS Media, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin Universiti Malaysia Sarawak dan Pusat Penerangan Islam.

Shaykh Imran Angullia AlHafidz ialah seorang pendakwah berasal dari Singapura yang memulakan pendidikan Islam pada usia muda.

Beliau telah menghadiri sesi talaqqi bersama Sheikh Mahmud Al-Khatib, Imam Yaqub daripada Jamiya, Ustaz Iqbal dan Sheikh Fuad Al-Khatib meliputi bidang hadis, tafsir, nahu, pengetahua­n pembersiha­n jiwa dan perundanga­n.

Shaykh Imran juga telah menamatkan pengajian di Higher Institute of Islamic and Arabic Language (MADIWA) dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Perak dan beliau juga diiktiraf di bawah Skim Pengiktira­fan Asatizah MUIS (ARS) di Singapura.

Ceramah itu akan memfokuska­n perkara lebih mendalam dan memperhalu­si pengisian berkenaan Nabi Muhammad SAW sebagai teladan dan contoh terbaik dalam segala perkara.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut, sila hubungi Siti Khairunnis­a Rosli atau Nur Xyalihin Jamel atau Norzihan Abdullah di talian 082-442000 atau e-mel ke sitikr@sarawak.gov.my atau nurxj@sarawak.gov.my atau norzihaa@sarawak.gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia