Utusan Borneo (Sarawak)

100 ketua masyarakat sertai sesi dialog bersama JBALB

-

SRI AMAN: Seramai 100 ketua masyarakat dari sekitar daerah Sri Aman menghadiri Majlis Dialog Bersama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sri Aman anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Kaum Cina di Bilik Serba Guna Dewan Suarah Sri Aman, petang kelmarin.

Pengerusi Persatuan Pemanca Lee Siang Hua berkata, tujuan sesi dialog itu diadakan adalah untuk mendapatka­n maklum balas daripada pihak JBALB berkenaan masalah ketiadaan air yang sering berlaku di beberapa kawasan di sekitar Sri Aman ketika ini.

Menurutnya, menerusi dialog seperti itu ketua masyarakat yang hadir secara tidak langsung dapat berkongsi maklumat dengan rakyat di bawah pentadbira­n mereka.

Beliau menambah, beberapa kawasan seperti Entulang, Brayun dan Sri Jaya sering mengalami masalah tekanan air rendah.

“Begitu juga kawasan Munggu Sabun, Kampung Muhibbah, Stumbin, Seduku, pasar Sri Aman, Sabu dan Temudok sering mengalami ketiadaan air dan masalah tekanan air rendah,” katanya.

Jelasnya lagi, penjelasan JBALB tentang perancanga­n seterusnya bagi mengatasi ma- salah air di kawasan Sri Aman dapat dikongsika­n dengan penduduk terjejas.

“Kami percaya Kerajaan Sarawak mempunyai perancanga­n jauh untuk membantu rakyat kita di Sri Aman mengatasi masalah air yang sering berlaku di sini,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis serta ketua-ketua jabatan kerajaan yang lain.

Sesi dialog berkenaan turut dihadiri ketua kaum masyarakat Iban dan Melayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia