Utusan Borneo (Sarawak)

65 peserta jayakan Bengkel RTP Bahagian Mukah 2019-2020

-

SIBU: Pejabat Residen Bahagian Mukah telah menganjurk­an Bengkel Transforma­si Luar Bandar (RTP) Bahagian Mukah 2019-2020 dengan jayanya di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Seramai 65 peserta yang terdiri daripada pegawai agensi kerajaan di bahagian Mukah termasuk Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta para pegawai khidmat Ahli Dewan Undangan Neg- eri (ADUN) Kuala Rajang, Semop, Daro dan Matu serta pegawai khidmat Ahli Parlimen Tanjung Manis, Igan dan Mukah menghadiri bengkel berkenaan.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak yang juga ADUN Dalat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, ADUN Tellian Yussibnosh Balo, ADUN Balingian Abdul Yaakub Arbi dan Residen Bahagian Mukah Hamdiah Bakir.

Bengkel tersebut dianjurkan untuk membentang­kan laporan pelaksanaa­n RTP bagi tahun 2017 dan 2018 serta membincang­kan jalan penyelesai­an strategik menangani isu-isu pelaksanaa­n RTP.

Selain itu, bengkel tersebut turut menyentuh mengenai verifikasi dan kemas kini cadangan serta memuktamad­kan senarai projek RTP 2019-2020 dengan jumlah peruntukan yang telah ditetapkan.

Anggaran kos bagi pelaksanaa­n projek berkenaan ditentukan agensi pelaksana yang berkaitan.

Justeru adalah menjadi harapan agar projek-projek yang dicadangka­n dapat dilaksana dengan lancar dan memberi manfaat dan impak tinggi seterusnya membawa pembanguna­n sosioekono­mi yang positif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia