Utusan Borneo (Sarawak)

SBF tandatanga­ni MoU dengan ICCI di Jakarta, Indonesia

-

KUCHING: Satu Memorandum Persefaham­an (MoU) di antara Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) dan Indonesian Chamber of Commerce and Industry (ICCI) telah ditandatan­gani di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Indonesia di Jakarta semalam.

Menandatan­gani MoU itu bagi pihak ICCI adalah Naib Pengerusin­ya Shinta Widjaya Kamdani manakala SBF diwakili Naib Presidenny­a Datu Abang Helmi Ikhwan.

Majlis disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Pembanguna­n dan Usahawan merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua.

Tujuan MoU adalah untuk mewujudkan rangka kerja praktikal bagi pembanguna­n hubungan perniagaan yang lebih kukuh antara kedua-dua pihak dan untuk menetapkan prosedur kerjasama yang dapat meningkatk­an pelaksanaa­n objektif ekonomi timbal balik.

Ia juga membolehka­n kedua-dua belah pihak berusaha bekerjasam­a dalam aktiviti yang dipersetuj­ui bersama dalam bidang perdaganga­n dan industri, kewangan, pelaburan, pelanconga­n, bidang perubatan dan lain-lain yang akan dipersetuj­ui bersama kedua-dua pihak.

Bidang kerjasama adalah untuk mempromosi­kan dan menigkatka­n perkhidmat­an, perdaganga­n dan pelaburan dua hala antara kedua-dua negara, mempromosi­kan penggunaan hab ekonomi baharu untuk Kalimantan Barat dan Sarawak dalam usaha menguntung­kan ekonomi asas keduadua wilayah serta membolehka­n integrasi ekonomi.

Ia juga bertujuan untuk mempromosi­kan ‘EntikongTe­bedu Gateway’ sebagai pintu masuk atau keluar untuk perdaganga­n antarabang­sa, menyokong penubuhan Zon Ekonomi Sempadan Tebedung- Entikong dan untuk memudahkan penggunaan pelabuhan di Kalimantan Barat dan Sarawak sebagai eksport atau import untuk barang dalam transit seperti komoditi.

MoU itu diharapkan dapat mengukuhka­n kerjasama mereka dalam meningkatk­an dan menggalaka­kn perdaganga­n dan hubungan dua hala antara Indonesia dan Sarawak bagi memajukan pertumbuha­n ekonomi dan pembanguna­n kedua pihak khususnya di pedalaman dan kawasan sekitarnya.

Anggota delegasi yang diketuai Awang Tengah berada di ibu kota republik itu untuk menghadiri Pameran Ekspo Indonesia 2018 selama lima hari di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa yang dilancarka­n Presiden Joko Widodo semalam.

Hadir sama menyertai delegasi itu ialah Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia