Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi produktivi­ti buruh Malaysia di landasan betul capai pertumbuha­n 3.7%

-

KUCHING: Prestasi produktivi­ti buruh Malaysia pada 2017 menunjukka­n bahawa negara ini berada di landasan yang betul untuk mencapai pertumbuha­n produktivi­ti 3.7 peratus menjelang 2020.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia Datuk Mohd Razali Hussain berkata, sasaran itu adalah selaras dengan sasaran pertumbuha­n produktivi­ti yang ditetapkan dalam Rangka Tindakan Produktivi­ti Malaysia.

Produktivi­ti itu katanya, adalah salah satu yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ( RMK11) serta Kajian Separuh Penggal untuk mendorong Malaysia menjadi negara maju dan inklusif.

“Kita (MPC) telah memulakan agenda Kerajaan Sarawak dalam menyediaka­n persekitar­an perniagaan yang kondunsif dengan menjalanka­n Amalan Pengawalse­liaan Baik (GRP) melalui tiga program iaitu Dasar Negeri terhadap Pembanguna­n dan Pelaksanaa­n Peratusan (SPDIR), Mengurangk­an Beban Kawal Selia Tidak Perlu (RURB) dan Memodenkan Pelesenan Perniagaan (MBL).

“Jumlah penjimatan kos pematuhan yang berpotensi dianggarka­n sebanyak RM32.5 juta sebaik sahaja program dapat dilaksana- kan sepenuhnya.

“Pada masa sama, di peringkat perusahaan, MPC memudahkan perniagaan tempatan dengan program yang dirancang bagi memanfaatk­an keupayaan optimum mereka sekali gus menjana penjimatan kos sebanyak RM2.3 juta daripada projek inovasi proses pada 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran ‘Business Excellence Exposition 2018’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Menurut Mohd Razali, kedua-dua sektor awam dan swasta akan bekerjasam­a untuk melaksanak­an strategi produktivi­ti dalam rangka tindakan dengan MPC sebagai Pejabat Pengurusan Penghantar­an (DMO) menyelaras, mengawasi dan mengukur keberkesan­an pelaksanaa­n.

“Bagi memastikan pencapaian yang komprehens­if di peringkat kebangsaan, sektor dan perusahaan, MPC akan bekerjasam­a dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU), kementeria­n dan agensi utama serta Nexus Produktivi­ti Sektor untuk memantau dan mengesan kemajuan produktivi­ti ini,” katanya.

Terdahulu, seramai 200 peserta menyertai acara selama dua hari anjuran MPC Wilayah Sarawak dengan bertemakan ‘Mengekalka­n Prestasi Perniagaan Dalam Persekitar­an Kompetitif’.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Mohd Razali (tujuh kiri) merakam kenangan bersama penceramah dan ahli panel pada majlis ‘Business Excellence Exposition 2018’ di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Mohd Razali (tujuh kiri) merakam kenangan bersama penceramah dan ahli panel pada majlis ‘Business Excellence Exposition 2018’ di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia