Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS kini di kedudukan teratas di Borneo Lakar sejarah apabila buat pertama kali diletakkan pada ranking ke-1,001 daripada 1,500 universiti dalam THE

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Universiti M a l a y s i a S a r a w a k (UNIMAS) melakar sejarah apabila buat pertama kalinya pada tahun ini, diletakkan pada ranking ke- 1,001 daripada 1,500 universiti yang tersenarai dalam Time Hire Education (THE).

Malah, menurut Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, pencapaian membanggak­an itu juga meletakkan UNIMAS sebagai satu- satunya universiti di Borneo yang tersenarai dalam THE.

“Maka, ini secara tidak langsung menjadikan UNIMAS nombor satu di Borneo dan yang kesepuluh daripada 50 universiti di Malaysia yang tersenarai dalam THE,” katanya.

Kadim berkata demikian pada sidang media di sini,

Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Sua Naib Canselor UNIMAS

semalam di mana selepas itu, beliau turut diberi kejutan dengan sambutan hari jadinya yang ke-58.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor UNIMAS ( A k a d e m i k d a n Antarabang­sa) Profesor Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad, Timbalan Naib Cancelor UNIMAS ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Penyelidik­an dan Inovasi) Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim dan Pendaftar UNIMAS Henry Tening Sengeng.

M e n u r u t K a d i m , pencapaian terbaharu dalam sejarah UNIMAS itu, adalah dicapai menerusi inisiatif dan peranan yang dimainkan oleh universiti awam tersebut di peringkat global sama ada dalam penyelidik­an, kerjasama dan sebagainya.

“Kami sangat berbangga dengan pencapaian ini, yang mengangkat nama UNIMAS sebagai salah sebuah universiti awam terulung di Malaysia,” katanya.

THE yang berpangkal­an di London merupakan ranking universiti dunia yang berprestij, dengan hanya menyenarai­kan 1,500 daripada keseluruha­n 60,000 universiti yang terdapat di seluruh dunia.

Selain itu, Kadim berkata UNIMAS semalam turut menerima satu lagi berita baik apabila ditempatka­n pada kedudukan ke-236 sebagai universiti terbaik di Asia oleh QS Universiti Ranking: Asia yang berpangkal­an di Singapura.

“Ini juga menunjukka­n peningkata­n UNIMAS, di mana kami meningkat 11 anak tangga daripada kedudukan ke- 247 pada tahun lepas, daripada keseluruha­n 11,900 universiti di Asia,” katanya.

 ??  ?? KEJUTAN: Kadim memotong kek hari jadi, apabila diberi kejutan oleh staf UNIMAS untuk menyambut hari jadinya yang ke-58 di Old Court House, Kuching, semalam.
KEJUTAN: Kadim memotong kek hari jadi, apabila diberi kejutan oleh staf UNIMAS untuk menyambut hari jadinya yang ke-58 di Old Court House, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia