Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai Pertanding­an Video Pendek tentang keunikan Kuching

-

KUCHING: Old Kuching Heritage Secretaria­t mempelawa semua warga Malaysia yang bermastaut­in di Sarawak berusia 15 tahun ke atas menyertai Pertanding­an Video Pendek tentang keunikan bandara raya Kuching dengan nilai sejarah, budaya serta identiti tersendiri.

Pertanding­an ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori amatur (pelajar institusi pengajian tinggi awam atau swasta) dan kategori profesiona­l.

Pemenang bagi keduadua kategori akan menerima hadiah wang tunai sejumlah RM5,000 manakala pemenang tempat kedua RM3,000 dan ketiga RM2,000.

Penyertaan adalah percuma dan tarikh tutup pada 16 November 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https:// kuchingkam­pungherita­ge. my untuk pendaftara­n secara online.

Old Kuching Heritage merupakan salah satu daripada 47 inisiatif Sarawak Digital Economy yang bertujuan memperkasa­kan industri pelanconga­n di Sarawak dengan bermatlama­t menjadikan Kuching sebuah destinasi pelanconga­n dunia dengan menaik taraf status sosioekono­mi komuniti setempat.

Dengan usaha pemelihara­an serta pemulihara­an budaya, sejarah dan gaya hidup di samping mengekalka­n infrastruk­tur sejarah melalui teknologi digital, Kuching berpotensi menawarkan pakej pelanconga­n yang menarik melalui empat bidang fokus utama iaitu Kampung Heritage, Heritage Trail, Riverfront Heritage dan Business Heritage.

Setiap program atau projek di bawah empat bidang fokus utama mengambil kira penglibata­n pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan industri perniagaan, komuniti tempatan, agensi Kerajaan Sarawak, institusi pengajian tinggi, pusat latihan, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia