Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 21 pempamer sertai Ekspo dan Pameran Songket dan Keringkam Antarabang­sa 2018

-

KUCHING: Lebih 21 pempamer yang terdiri daripada penenun dan penyulam songket dan keringkam tempatan dan antarabang­sa dari Brunei dan Indonesia akan berkumpul di Hotel Pullman pada 30 dan 31 Oktober ini dalam Ekspo dan Pameran Songket dan Keringkam Antarabang­sa 2018.

Terbuka kepada orang ramai, penganjura­n ekspo dan pameran ini bukan sahaja bertujuan memartabat­kan semula warisan seni songket dan keringkam Sarawak.

Malah, ia membawa pengunjung kembali kepada sejarah bermulanya industri kotej tenunan songket dan keringkam yang menjadi s u m b e r p e n d a p a t a n s e b a h a g i a n d a r i p a d a masyarakat Melayu di seluruh Sarawak.

Pengerusi Projek Inovasi Warisan Sarawak: Songket dan Keringkam Datu Dr Sabariah Putit berkata projek ini juga bertujuan melestarik­an warisan songket dan keringkam supaya keunikan tradisiona­l dapat dipulihara, dinikmati dan dihargai oleh generasi masa depan.

Selain menerusi ekspo serta acara kebudayaan dan pelanconga­n, usaha melindungi dan memelihara k h a z a n a h b e r n i l a i negeri Sarawak ini turut diperluask­an.

Usaha itu melalui Program Latihan Teknikal Tenunan Songket dan Sulaman Keringkam di Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak ( CENTEXS) di Kuching selain pendedahan kepada pemasaran yang berkesan, pengkomers­ilan, penyelidik­an, penerbitan dan pengurusan hak cipta corak dan harta intelek kepada penggiat industri songket dan keringkam Sarawak.

Penaung projek ini ialah isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang dan majlis perasmiann­ya pula akan disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Malam Pesona Songket dan Keringkam Antarabang­sa 2018 pada 31 Oktober ini di Hotel Waterfront di sini.

Program Songket dan Keringkam ini juga merupakan salah satu projek utama di bawah Kampung Heritage.

 ??  ?? PROMOSI: Sabariah pada sidang medai di Kuching semalam.
PROMOSI: Sabariah pada sidang medai di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia