Utusan Borneo (Sarawak)

PBT diminta tangani anjing liar berkeliara­n Semakin banyak anjing liar kelihatan di bandar, taman perumahan di Limbang kini, kata Ros

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Penduduk di daerah ini menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani masalah kehadiran anjing liar di sekitar bandar dan taman perumahan yang dilihat semakin banyak sejak akhir-akhir ini.

Kebimbanga­n mengenai masalah itu disuarakan berikutan penularan wabak rabies yang melanda Sarawak sekarang.

Menurut mereka keselamata­n orang ramai memerlukan perhatian dan tindakan serius PBT kerana kumpulan haiwan tersebut sering dilihat berkeliara­n di kawasan awam dan taman perumahan.

Antara lokasi yang dikenal pasti membabitka­n laluan menuju Kampung Baru Kuala Berawan, kawasan Medamit, Ranggau dan kawasan perumahan lain.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Ros, 40-an, berkata, kehadiran kumpulan anjing liar semakin bertambah sejak

Kehadiran anjing liar semakin bertambah dan kerap masuk ke kawasan taman perumahan dan kawasan kampung. Ros Penduduk

akhir- akhir ini sehingga menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan penduduk dan pengunjung yang melalui kawasan di Kampung Baru, Kuala Berawan.

“Kehadiran anjing liar semakin bertambah dan kerap masuk ke kawasan taman perumahan dan kawasan kampung,” katanya kepada media semalam.

Beliau menambah, walaupun belum ada kes serangan anjing liar dilaporkan namun keselamata­n penduduk khususnya mereka yang menunggang motosikal setiap hari perlu diberi perhatian.

Sementara itu Lim, 34, berkata, kehadiran anjing liar berkenaan menyebab- kan kekotoran di kawasan perumahan apabila haiwan itu kerap mencari makanan di tong sampah dan sisa bungkusan.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku dan PBT perlu mengambil tindakan selari dengan hasrat Kerajaan Sarawak mahu menangani masalah penularan wabak rabies yang melanda negeri ini khususnya di daerah ini yang masih dikategori­kan sebagai bebas rabies,” katanya.

Beliau menambah, orang ramai khususnya pemilik anjing perlu memastikan anjing milik mereka dikurung dan tidak dibiarkan berkeliara­n kerana boleh menggugat keselamata­n orang lain.

 ??  ?? MEMBANTU: Ting (dua kanan) bersama ahli Pemuda Persatuan Foochow Kapit pada Kempen Derma Darah di Hospital Kapit.
MEMBANTU: Ting (dua kanan) bersama ahli Pemuda Persatuan Foochow Kapit pada Kempen Derma Darah di Hospital Kapit.
 ??  ?? MEMBIMBANG­KAN: Kumpulan anjing liar yang dilihat di kawasan perumahan menuju ke Kampung Baru, Kuala Berawan.
MEMBIMBANG­KAN: Kumpulan anjing liar yang dilihat di kawasan perumahan menuju ke Kampung Baru, Kuala Berawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia